advertisemant

Sunday, October 16, 2011

Adi wira dedah identiti diri




SEATTLE, Amerika Syarikat - Seorang lelaki yang memakai kostum adi wira ciptaannya untuk menjaga ketenteraman akhirnya mendedahkan mukanya di dalam sebuah mahkamah di sini pada Khamis lalu.

Dia membuka topengnya selepas diarahkan oleh beberapa pegawai mahkamah yang membicarakan kes dia menyembur serbuk lada kepada empat orang lelaki pada Ahad lalu.

Lelaki itu sebelum ini terkenal dengan panggilan adi wira Phoenix Jones.

Nama sebenarnya ialah Benjamin John Francis Fodor.

Menurutnya, dia cuba untuk meleraikan satu pergaduhan apabila dia diserang dalam kejadian tersebut.

Namun, pendakwa raya memberitahu hakim, mereka memerlukan masa untuk memutuskan sama ada akan memfailkan dakwaan dalam kes berkenaan.

Dia memakai semula topeng muka itu selepas perbicaraan tersebut.

Namun, semasa berdepan dengan pemberita, dia menanggalkan semula topengnya untuk mendedahkan identiti dirinya.

Menurutnya, dia merupakan seorang bapa dan mempunyai seorang adik lelaki.

"Saya memutuskan untuk membuat perubahan dan menghentikan jenayah di dalam kawasan perumahan saya," katanya. - Agensi

sumber kosmo

KOSTUM adi wira Phoenix Jones yang dipakai oleh Benjamin John Francis Fodor semasa dia dikerumuni pemberita di bandar Seattle pada Khamis lalu.

Sunday, October 9, 2011

Pertandingan dukung isteri

cabaran laki bini!!!!
ROCCO ANDREOZZI mendukung Kim Wasko semasa dia berlari dalam Kejohanan Mendukung Isteri di Resort River Ski Sunday, Maine kelmarin.



RESORT RIVER SKI SUNDAY, Maine - Pasangan Rocco Andreozzi dan Kim Wasko menang dalam Kejohanan Mendukung Isteri di sini, Amerika Syarikat kelmarin.

Mereka menamatkan larian terakhir dengan masa 49.64 saat manakala tempat kedua dirangkul oleh David dan Lacey Castro dengan masa 52.39 saat.

Seramai 47 peserta menyertai pertandingan itu dengan pemenang akan bertanding dalam Kejohanan Mendukung Isteri Peringkat Dunia.

Antara acara yang perlu para peserta lakukan ialah berlari mendaki bukit dan merempuh halangan kawasan yang berlumpur semasa mendukung pasangan mereka.

Pemenang pertandingan menerima cek bernilai AS$620 (RM1,956). - Agensi

cool games. dekat malaysia takde lagi nih. sehati berdansa punye game show adelah bangang. sumber kosmo

Bunuh isteri ketika mabuk arak


ANGGOTA polis mengusung mayat Gurmeet Kaur yang mati selepas dipukul di muka dalam kejadian di Ulu Bernam, Hulu Selangor semalam.



HULU SELANGOR – Kesan buruk tabiat meminum arak terbukti apabila seorang lelaki langsung tidak menyedari bahawa dia telah memukul hingga mati isterinya selepas bertengkar mengenai kegagalan wanita itu menebus kembali seutas gelang emas yang digadai beberapa bulan lalu.

Kejadian di kuarters Pejabat Haiwan, Taman Golden Wood, Ulu Bernam di sini menyebabkan seorang peniaga nasi lemak, S. Gurmeet Kaur, 41, ditemui mati pada pukul 7 pagi semalam disyaki dipukul di muka oleh ahli keluarganya sendiri beberapa jam sebelum itu.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila mangsa bersama suami dan kakaknya mula meminum arak pada pukul 11 malam sebelum mereka bertengkar mengenai seutas gelang milik kakak mangsa yang gagal ditebus kembali selepas digadai.

jangan minum arak. super bahaya!!. sumber kosmo.

Hadiah Yang Kanak2 Tak Mahu Terima Semasa Birthday

tak semua hadiah mereka suka :D
bile tengok balik animasi ni teringat aku semasa calabrate birthday dengan sedara2 aku. tak kira sapa2 punya birthday kompom kena naya. telur dengan tepung tu dah jadi hadiah rutin. mesti kena punya. yang tak best nya time kena tuh tengah pakai semat2 pulak. hadoi. last sedara aku kena sampai menangis beb. biasa lah perempuan. lol.





jaga2, boleh mati terkejut anak2 nanti

Pemakaian Wanita Semasa Job Interview

nasihat aku kepada wanita yang ingin mencari kerja. amalkan ye :D
aku baru start sem sebulan, so dah takde lah budak atas aku. semua dah keluar habis belajar. akulah yang paling senior dekat u nih. terasa kacak. tapi yang tak best nye aku tengok mereka semua mengadu, mengomel dan membebel tak dapat kerja. ape lah mereka dapat kalau asyik buat status tak dapat kerja. bukan nye tiba2 ade boss mane2 company nak invite korang kerja kan.

aku bukan emo dengan mereka nih tapi aku macam tak faham plak kan. ape lah yang dieorang membebel je. pergi ler cari kerja. buat kawan2 yang dah dapat kerja bagus lah. boleh belanja makan nanti.

so buat perempuan2 yang belum dapat kerja ni ada tips untuk anda semua. sila cuba, kalau berjaya tak payah cakap terima kasih dekat aku, belanja makan pun dah cukup. layannn


ni khas untuk mereka yang sporting je ok. jangan amik serius pulak :). 

serius boss tempat kerja korang gatal. cari kerja tempat lain ye. 

Cara Membuat Lukisan Yang Awesome (Video)

oh my god. hensem siot!!
dalam bab melukis ni aku memang si gagal. nak buat garisan lurus pon bengkang bengkok. macam mana lah nak keerja nanti. nasib baik major aku bukan arkitek. so kurang lah melukis2 nih.

tengah aku usha facebook nak tahu cerita kawan2 lama aku ternampak kawan aku post video nih. mula2 aku macam nak layan saje usha2 sambil laju2 kan. tapi bile dah usha mak ai bukan main cool lagi cara dia melukis. cube korang layan dulu.



minit ke 2.00 adalah paling pelik aku rasa. mula2 apesal lah dia padam comot2 lepas tu usha balik baru perasan. hasil padam comot die tu sungguh real. power3

video nih dah lama di upload tapi aku baru tahu, memang slowpoke. aku rasa kawan aku tu amik kos lukisan kot sebab tu dia layan video nih.

semoga aku tak kerja melukis suatu hari nanti. amin

Kerusi Super Awesome

mane nak dapat kerusi cool nih??


finishing dia macam haram. pakcik ni siap lambai lagi. lol