advertisemant

Friday, October 7, 2011

Kenapa Pelajar Benci Peperiksaan???

aku rasa semua student kot tak suka exam.
lega sebenarnya semalam aku dah lepas menjawab test steel. 2 hari jugak lah hidup aku terbarai sebab nak belajar subjek tu. maklum lah dalam kelas bukan nak fokus sangat. lecturer ajar dekat kelas aku dekat belakang main angry birds. bila nak exam/test baru la menggelabah nak berkampung dekat library. memang tiap2 tahun aku macam ni. lol

btw ape yang aku paling tak suka exam ni ialah soalan yang dia bagi memang lain macam. bila belajar bukan main senang lagi. tapi bila keluar time test dah tunggang terbalik soalan tu. contoh paling senang macam kita belajar math. bila kita belajar dalam kelas bukan main senang. boleh je kira tak payah calculator pon selamba jawab. tapi bila dalam exam, dia punya kira2 dah macam professor punya lavel. emo aku.

pada aku sebagai student awam boleh kata benda yang selalu soalan keluar adalah terlalu banyak daya2, concrete2 dan segala bagai lagi benda2 kejuruteraan awam. tapi untuk kawan2 elektrik aku dieorang punya problem lebih kurang macam ni lah


korang tengok macam mana lah student boleh jawab. time belajar dalam kelas memang sayur lah soalan tu tapi bila dalam exam susah gila. boleh menangis nak jawab ni. entry ni memang emosi sikit sebab aku selalu terkena. kalau korang masuk universiti nanti pandai2 lah jaga diri. jangan sampai bunuh diri sudah :).

btw hanya budak2 nerd je yang suka dan stim kalau tengok soalan macam2 ni. memang teransang habis mereka. lol

good luck pada mereka yang exam/test jugak. wish all the best.

No comments:

Post a Comment