advertisemant

Showing posts with label kisah benar. Show all posts
Showing posts with label kisah benar. Show all posts

Friday, October 7, 2011

Kenapa Pelajar Benci Peperiksaan???

aku rasa semua student kot tak suka exam.
lega sebenarnya semalam aku dah lepas menjawab test steel. 2 hari jugak lah hidup aku terbarai sebab nak belajar subjek tu. maklum lah dalam kelas bukan nak fokus sangat. lecturer ajar dekat kelas aku dekat belakang main angry birds. bila nak exam/test baru la menggelabah nak berkampung dekat library. memang tiap2 tahun aku macam ni. lol

btw ape yang aku paling tak suka exam ni ialah soalan yang dia bagi memang lain macam. bila belajar bukan main senang lagi. tapi bila keluar time test dah tunggang terbalik soalan tu. contoh paling senang macam kita belajar math. bila kita belajar dalam kelas bukan main senang. boleh je kira tak payah calculator pon selamba jawab. tapi bila dalam exam, dia punya kira2 dah macam professor punya lavel. emo aku.

pada aku sebagai student awam boleh kata benda yang selalu soalan keluar adalah terlalu banyak daya2, concrete2 dan segala bagai lagi benda2 kejuruteraan awam. tapi untuk kawan2 elektrik aku dieorang punya problem lebih kurang macam ni lah


korang tengok macam mana lah student boleh jawab. time belajar dalam kelas memang sayur lah soalan tu tapi bila dalam exam susah gila. boleh menangis nak jawab ni. entry ni memang emosi sikit sebab aku selalu terkena. kalau korang masuk universiti nanti pandai2 lah jaga diri. jangan sampai bunuh diri sudah :).

btw hanya budak2 nerd je yang suka dan stim kalau tengok soalan macam2 ni. memang teransang habis mereka. lol

good luck pada mereka yang exam/test jugak. wish all the best.

Thursday, October 6, 2011

Hati2 Semasa Berjalan

ini sungguh tak disangka
serius bila tengok animasi ni teringat kawan aku yang langgar sliding door masjid. dia cakap tak nampak sliding door tu tertutup. nasib baik tak pecah macam ni.



btw dekat masjid tu dahi aku benjol sebab langgar tiang dalam masjid, main lari2 punya pasal. padan muka


so sila berhati2 ye :) 

Wednesday, October 5, 2011

Budak 12 Tahun Berjaya Gagalkan Rompakan (Video)

macam tak caye kan???
biar betul 12 tahun dah jadi hero. tapi inilah yang berlaku pada budak berusia 12 tahun di turki. aku tak tahu nama dia sebab takde info. aku jumpa video nih dekat youtube. beliau tengah lepak dekat kedai emas(aku tak pasti sangat sebab tak berapa jelas video nih) dan otw nak keluar ade pulak perompak masuk. die serang perompak tu walaupun badan kecik. berani gila. korang layan dulu video nih



perompak tu tak perasan ade budak belakang tu. terus budak tu try nak rampas pistol tapi tak berjaya. walaupun tak berjaya dia dapat jugak halang perompak tu merompak kan. tahniah. polis siasat punya siasat rupanya perompak tu adalah orang yang tinggal berdekatan dengan kedai ni jugak. padan muka kau kena tangkap sudah.

power budak ni. dah besar nanti boleh jadi MR TURKI pulak, ala2 mr america :D

Tuesday, October 4, 2011

Hati2 Semasa Berdating #2 (9 Gambar)

Buat lelaki semua sila Berjaga2 semasa keluar date
dulu aku pernah buat entry macam ni dekat SINI aku tak tahu macam mana nak start entry nih, terlalu banyak cara untuk aku cerita hal macam ni. ok aku cerita pasal bercinta internet. macam najwa latif cakap cinta muka buku. dalam facebook muke memang cantik. bila ajak date pun memang tak menyesalah kan sebab cantik. tapi realiti nya jauh panggang dari api.

maksud aku memang nampak cantik awek ni. tapi lepas upgrade muka dia. bukan lah buat pembedahan tapi lepas make up tebal2. cube usha gambar2 nih baru korang tahu.





Mari Pedajal Kawan2 Yang Overdose (11 Gambar)

Drunk like a boss!!!
aku suka tengok gambar mat saleh yang overdose mabuk. kadang2 ada gambar mereka tengah muntah, pengsan dekat tengah jalan. ade jugak yang kena pedajal masa dieorang hangover nih. maklum lah dah minum sampai tak sedar diri sampai apa orang sekeliling buat pun diri sendiri tak sedar.

kes ni selalu berlaku dekat student yang suka beparty. kalau korang layan cerita GREEK series mesti korang perasaan kerja student sana bukan lah belajar sangat tapi lebih berparty dan bersocial. ape nak  pelik kan. name pun mat saleh.

btw aku ade jumpa koleksi seorang mamat nih yang setiap kali minum je mesti dia lah paling awal yang tumbang dulu. sampai kawan2 die rekodkan segala apa yang telah didajal kan keatas mamat nih. masalah nye bertahun kot mamat ni kena dengan  kawan die. sile layan.





Sunday, October 2, 2011

Kenapa Kite Perlu Berkawan Dengan Budak Nerd

tersangat lah betul fakta nih
aku dekat universiti ni bukan lah best student pun. pointer cukup2 makan. takdelah pernah sangkut duit ptptn aku. sape2 yang belajar dekat u tahulah ape kena mengena pointer dengan duit ptptn. berkadar terus kon hubungan duit dan pointer. lol.

btw dekat u dah semua tahu aku bukan best student. so susah lah part combine group. aku tak kisah sebenar nya dapat group macam mana. sebab tahu tak ramai nak jadi kan aku group member dieorang(bukan forever alone ok!). tapi kalau boleh aku nak aku buat2 kerja berat. angkat concrete ke, bancuh simen(fyi aku amik sivil eng, bukan mat indon kerja kontrak). bab kire2, tulis report memnag aku fail. sebab tu aku suka join group yang full of nerds. sile baca gambar nih


kalau nerds tu gadis comel dah kire bonus untuk aku. rezeki la tu :D

most of kawan2 aku pun guna taktik yang sama ;)

Tuesday, September 27, 2011

Lawak American Football

baru aku tahu ade babe untuk game ni :D
tadi aku tunjuk aksi lawak dari ragbi. la ni kita tengok lawak dari amarican footbal pulak. ganas2 pun ade lawak nye jugak. lol

menggelabah awek tu. takut kena lambung agaknya

Kisah Sedih Semasa Bergurau (8 Gambar)

bergurau senda nih boleh hilangkan stress ye kawan2. tapi kena cara yang betul ye :D
memang benar bergurau nih boleh kita hilang stress. maklum lah masa bergurau tu asyik tergelak, senyum dan ketawa je kan. mana ada orang bergurau sedih. nampak benor tipunye kalau ade. btw masa kecik2 sekolah rendah dulu aku paling suka kacau kawan aku ikat tali kasut mereka. ikat tali kaki kiri dengan kanan. lepas tu suruh kawan lain panggil datang. bangun je terus tergolek. berdekah gelak kan. tapi tu lah kecik2 ni bergurau untuk suka2. dah besar bila start bergurau je mesti ade sebab. lol

btw kisah ikat tali kasut tuh boleh jadi ngeri kalau bergurau tu tak kena masa. seperti kisah dibawah. layannnn





Monday, September 26, 2011

Orang Yang Mengada2 di Facebook

ini tersangatlah benar!!!!
pernah nampak tak orang yang selalu emo dekat facebook???selalu buat status emosi. gaduh dengan bf/gf lepas tu update ntah hape2 lah dekat facebook. kalau bebel2 dekat facebook pun bukan boleh selesai masalah. maklumlah laman sosial ni orang selalu buat usha or stalk profile orang lain. takde masanya nak dengar masalah.

tapi ade jugak insan yang caring. contohnya aku(bajet betul). bila ada golongan2 macam ni aku pun try2 la nak kasi emo mereka ni cool down sikit. takdelah mata aku sakit tengok dieorang update status setiap 2 minit cerita pasal masalh mereka nih. kena yang ok tu takpelah. kena yang emo teruk gila sku sendiri pun boleh kena marah. gila kan. kes2 macam ni boleh di ceritakan seperti gambar di bawah. bace sikit.


nampak tak??niat ikhlas nak kasi dieorang cool sikit. tapi kene tepek macam tu sekali. selalu nya golongan perempuan yang macam nih. leceh betul. kalau aku senang je. hide terus budak tu dari home aku. senang. mate tak sakit tengok ape yang mereka bebelkan. mulut pun tak rase nak mengutuk. serius kawan baik aku pun aku hide kalau dah menyemak je kan. lol

kalau jenis membebel ni lebih baik lepak dekat twitter.

Sunday, September 25, 2011

Kucing Gagal Beraksi

i love cat.
dekat rumah aku memang banyak kucing. bela sekor je sebenarnye tapi betina. lepas projek dapat anak 5 ekor. semua betina. lepas tu besar sikit bajet remaja nak jugak ade insan tersayang. anak pun dapat 5 ekor. korang kira lah berapa banyak kucing aku :D


lkena trol kucing ni dengan kain tu. lol

lompat statik dari kucing nih

Wednesday, September 21, 2011

Cara Tukar Facebook Baru Ke Versi Lama

serius bengong facebook baru ni
facebook sekarang dah makin mengarut. sebelum ni dieorang tambah button subscribe. pada mereka yang tak perasan tu mesti tak berfikir ape2. tapi pada stalker facebook sudah tentu ini menggembirakan mereka. gila apa dengan subscribe je ko dah boleh follow mereka nih. ape benda yang mereka post automatik keluar dekat facebook korang. tak payah la stalker nak terhegeh2 lagi nak buka profile anda.

pada aku yang best button stalker tu adalah aku boleh follow ex2 aku iaitu lisa surihani, dan fauziah gaous. lol eja  pun tak reti. btw tak elok pun button tu. yahudi betol mark ni. sekarang ni pulak upgrade lagi. jadi makin pelik2. so jom tukar ke facebook lama. mudah je caranya

first pergi ke setting.
tukar ke bahasa english(UK)
save lepas tu refresh.
selesai.

sekarang pergi tukar facebook semua dari huduh ke bentuk asal. sometimes change doesn't mean good thing. peh besepah english aku. 

tips ni aku dapat direct dari mark zuckerberg. sekian

Edisi Khas: Semangat Bola Sepak Untuk Skuad Olimpik (Video)

football is serious business dude
setelah hampir 2 bulan rakyat malaysia yang gila bola tak disajikan international game sekarang hari ni kita akan menyaksikan perlawanan terbaik dari ladang iaitu malaysia vs japan. of course skuad olimpik. skuad senior bukan tak power tapi just unlucky. sedih bila mengenangkan kita tak layak pergi grouping world cup untuk zon asia. nak buat macam mana as i said earlier kita unlucky. oh god aku berair mate tengok time deekat BJ yang kita seri sahaja dekat home. sedih gilak tak dapat pergi grouping. matyo pun nangis ye kalau anda semua nak tahu. takpelah cerita tu dah lepas. sekarang target skuad senior adalah juara asia pulak. hope king gopal boleh tunai kan janji dia. amin

btw sempena game pukul 7 nih mari sama2 kita layan video yang telah di buat oleh seorang ultras. kalau sapa2 yang tak tahu aku ni dalam menyokong root pada ultras. banyak lagi kelab penyokong tapi style ultras menyokong adalah sangat unik dan lebih bersemangat. takdelah aku nak makan kuaci je kan. dan satu lagi video nih banyak cerita pasal skuad senior. takpe kan?kasi serap seemangat harimau malaya. malam ni nak lawan samurai kot. enjoice babe



not bad rite. kalau korang cakap sakit mata tengok sori lah. suka2 punye work biasa lah. aku rasa power nih sebab aku tak reti buat lansung. lol

sama2 kita mendoakan kejayann skuad olimpik kita. aminnnnn

Tuesday, September 20, 2011

Fakta Basuh Tangan Selepas Ke Toilet

ini memang benar!!!!
masa chill2 layan movie dekat wayang mesti rasa nak kencing. ni semua effect dari air cond yang super sejuk dan sound bunyi movie yang seram membuat kan pundi kencing menjadi cemas. selalu nya aku dapat tahan sampai habis movie. rugi gila kalau keluar time movie. so possiblee nak kena batu karang tersangat lah tinggi.

btw aku rasa selalu lelaki tak ambil kisah pun. perempuan sahaja yang kisah hal2 tandas ni. yang aku kisah nya bila dah pergi toilet lepas kencing orang tu tak basuh tangan. cess ade non direct touching kepada dia punya anu. hampeh. kalau tak percaya mari tengok gambar nih.


serius geli dow. kalau salam dengan awek macam ni takpe jugak. lol. so sila lah basuh tangan ye.

tengok gambar tu rasa nak muntah dow

Monday, September 19, 2011

Siri Khidmat Negara: Kampen Undilah (Video)

undilah jangan duduk diam2
sedar tak sedar aku dah layak untuk mengundi. fuh tak sabar nak berkhidmat untuk negara. tunaikan tanggungjawab dan segala macam2 lagi ape sahaja yang orang cakap. semua yang membawa maksud mengundi. nak sembang pasal politik aku bukan nye reti pun. pada aku senang je. mana yang bawak negara maju itu yang aku sokong. tak kira lah dia hijau ke biru. yang penting aku tak hidup merempat.

dekat universiti pun ade undi mengundi nih. aku tahu lah sikit2 sebab last year kawan aku jadi MPP. so aku lah tulang belakang yang tolong bagi dia up. tapi bukan bahagian kertas kerja ke hapa. tapi bahagian tampal poster. muka tak heandsome nak tolong pergi mengampu orang atasan. so buat kerja2 macam tu pon boleh la.

dekat sini aku nak kongsi satu video yang awesome tentang pengundian nih. bukan dalam universiti tapi untuk negara Malaysia kita nih. muzik video arahan pete teo yang bagi kesedaran pada rakyat betapa penting nya mengundi. for mo detail sila lawat www.uundilah.com. banyak jugak artis yang involve dalam lagu nih.



tapi yang paling glamer sudah tentu namewee. rakyat yang banyak buat kontroversi. aku pon tak faham. layan video nih lepas tu kalau sape yang ade super power macam aku akan perasan banyak giler hidden massage dalam nih. fikiran kena terbuka dalam memilih. yang paling penting jangan lupa mendaftar jadi pengundi.

undi anda adalah rahsia :)

Sunday, September 18, 2011

Replika Teluk San Francisco Diperbuat Dari Pencungkil Gigi

kerja gila!!!!
bukak paper hari ni ade bace pasal seorang penghasil seni scott weaver dari teluk san francisco yang telah melakukan replika teluk san francisco dengan menggunakan pencungkil gigi. replika yang berketinggian 2.7 meter dan menggunakan 103 987 batang pencungkil gigi.

hasil seni beliau dinamakan sebagai rolling through the bay di buat dengan mengambil masa selama 3000 jam. gila betul. macam mane lah agaknya masa beliau nak berry kan. penyiksaan lah.  yang nice nya scott ni siap buat laluan untuk guli. so kalau diletakkan guli pada track tu, guli akan melalui kawasan2 popular yang terdapat di san francisco dalam replika beliau.




sila enjoice video di bawah

\

scott adalah generasi ke 3 dalam family dia yang menetap dekat san francisco. no wonderlah dia sangat sayang pada san francisco sehingga di abdikan dalam seni toothpick ni.

serius scott ni rajin gila. 

Friday, September 16, 2011

Perkara Benar Tentang Lelaki

the boys paradox
setelah masuk universiti balik nih aku jadi slowpoke sikit bila nak buat entry. memang bizy plus malas sikit. ade free mase tidor takpun pergi main futsal. so entry yang aku tulis sendiri makin berkurangan. asyik kopi pes je. ceh cakap macam ramai sangat je bace ape aku tulis. lol

btw situasi aku sekarang memang kebiasaan bagi student dan aku yakin semua yang sedang belajar akan menghadapi perkara yang sama. hal ini boleh di tunjukkan dalam paradox graph di bawah. memang fakta bagi semua pelajar. hanya 2 perkara boleh dipilih dalam bulatan di bawah


jika anda seorang smart dan nice, anda adalah seorang yang nerd. smart+handsome= asshole. nice+handsome= dumb. dan yang palik aku suka adalah kalau gabungan ketiga2 ciri. mereka adalah gay. benda ini memang realistik. masa aku belajar dekat matrik, kawan aku baik+ade muka sikit+pandai= gay. memang kecawa gadis2 masa tu. untuk insan yang tak berapa ada paras rupa aku gembira adenya golongan macam ni. baru boleh cari makan. lol.

ada masa free nanti aku tulis girls paradox pulak :)

Saturday, September 10, 2011

Koleksi Gambar Ibu Bapa Yang Gagal #3 (8 Gambar)

english parents is shit!!
orang putih ni ape lah nak heran. kalau bab menjaga anak ni ala kadar je. asal boleh. yang penting anaknye tak mati. last night aku baca pasal ibu tidurkan anak dengan meniup kan asap dadah. gila kan??. asal boleh je mereka ni. btw meh usha koleksi parenting fail yang aku umpa di internet. anak kecik2 tak nak jaga elok2. so mereka dah besar nanti jangan pulak salahkan mereka kalau kena hantar rumah kebajikan masyarakat. sempanggg





Nurse Kena Pukul (Video)

bangang bangang bangang!!
kenapalah ada manusia yang bangang nak pukul nurse nih. mereka ni boleh tergolong dalam orang2 yang baik. takde nurse tak berserilah hospital. ini benar. nurse ni kira life saver ataupon life extantion bagi mereka yang sakit tenat dan nazak. tengok je muke nurse2 mesti sejuk je hati. kalau mereka datang nak cek darah ke, cek air kencin ke, cek sakit kepala ke. fuhh aku rela je masa tu. nak sehat cepat lah katakan(padahal boleh manja2.)

seminggu aku duduk hospital dulu sebab patah tangan dan tunggu masa nak operate, nurse lah yang banyak tolong aku. rasa nya sape2 yang pernah check in hospital pon rasa macam tu. memang tak patut lah kalau ada sape2 yang nak pukul nurse nih.

aku tahu beberapa kawan aku yang baca blog nih adalah nurse ataupon geng2 nurse. so aku harap korang jangan bersedih dengan apa yang terjadi pada member korang nih. walaupun indian, tetap sama kerja dengan ko. ibarat cubit peha kiri peha kanan pon mengada2 terasa.



okeh lah, insaf jangan pukul nurse ye.

berbakati lah pada nusa dan bangsa :D

Friday, September 9, 2011

Repost: Mencari Gadis Hilang

aku akan repost sampai lah jumpe gadis ni
entry ni memang aku buat khas untuk kawan sekolah aku yang baru sahaja kehilangan sepupu dalam. sudah enpat hari keluar rumah. bila contact tak dapat. gile kesian dah la baru lepas raya lepas tu boleh hilang pulak. so sama sama lah kita tolong mencari gadis ini. detil nya seperti dibawah:


nama dia aku tak pasti, nanti aku akan cube dapatkan name dia.

umur lingkungan 14 tahun

badan kurus tinggi lebih kurang 160cm

family dia suspek gadis ni ikut boyfriend dia. so kalau sapa2 ada jumpa gadis ni 
naik EX5 warna hitam putih no plat AHM 8550

so sape2 yang jumpa beliau, ternampak kelibat beliau, ataupun ade kawan2 yang kenal dia. atau pun kawan atas kawan atas kawan yang kenal dia so sila lah kongsi maklumat pada aku atau pun kawan aku NURUN NAJWAdrop komen. aku serius nih sebab masa mula2 die post gamba ni aku ingat main2, so aku bergurau lah tapi rupanya betol. sebagai tebus dosa aku tolong hebahkan sikit dekat blog tak power aku. harap sapa2 jumpa boleh bagi tahu.

sapa ada info walaupun sekecil zarah, aku belanja. serius ni.

Wednesday, September 7, 2011

Kedai Mamak Di Rompak Tak Sampai 10 Saat (Video)

ini kerja gila!!
fuh penjenayah sekarang ni makin power. bermodalkan parang je. dekat kedai mamak shah alam selamba je die merompak. tak sampai sepuluh minit pulak tu. bapak power betol. kes nye tak jelas sangat sebab aku dapat video ni dari youtube. so jalan cerita rompakan ni tak berapa nak tahu la kan. aku pun malas lah nak karang cerita. kalau salah kan tak syok. ape yang aku tahu kejadian berlaku pukul 4 pagi dan perompak ni amik laptop je

btw memang trend lah student sekarang ni melepak mamak untuk online 5 6 jam. mamak sekarang ni dah maju, ade sediakan wifi free untuk customer. marketing lah beb biala lah tu. kene pulak mamak tu dekat dengan kawasan kolej or university. kaye habis mamak kaut duit ptptn student. macam dekat parit raja je belambak mamak bukak. dulu ade 2 3 je sekarang ni dah bertambah. tak kisah lah yang untuk nye customer sebab banyak choice.

yang tak best nye part budak yang bajet nak buat discussion. lepas tu bawak laptop seorang sebijik conquer sampai 5 6 table. habis aku yang nak melepak hisap shisha dah takde meja. korang yang bagus sangat nak belajar ni pegi lah lepak library. bapak besar library dekat u aku tu boleh la mereka ni lepak dekat mamak yang tak bersih tu. facepalm!!

so pada golongan nerd wanabe tu sila layan video nih. oh jugak khidmat masyarakat aku lah supaya jangan kita bawak barang2 beharga ke mamak, takde sapa nak impress pon. sekian




oh lagi satu perompak2 ni pakai helmet dan berimej mat rempit tapi aku harap korang jangan cakap ni kerja mat rempit pulak. kalau nama nye mat rempit dah tentu lah kerja dia mat rempit bukan merompak. mereka race haram dan makan habuan bila menang(merujuk hantu bonceng. lol).

lagi satu golongan yang aku piss off kalau lepak mamak ialah couple yang tengok movie dekat mamak pakai laptop. fuuuu mogo laptop meraka yang kene ambil nanti.