ini kisah di satu negeri yang amat kaya raya la sultannya. namun begitu, sultan ini tidak mempunyai anak lelaki. ada anak pompuan je. tiga orang plak tu. cantik-cantik belaka. yang sulung berumur 21 tahun, yang kedua berumur 20 tahun, manakala yang bongsu pulak berumur 19 tahun.
sultan amat berasa dukacita kerana
tak ada anak lelaki untuk menggantikan tempatnya. jadi, dia pun ambil keputusan untuk menikahkan puteri-puterinya satu persatu. jadi, sultan pun menghantar hulubalang negeri untuk menghebahkan bahawa sesiapa yang ingin mengahwini anak-anaknya sila tampil ke istana.
jadi, berebut-rebutla jejaka diseluruh pelosok negeri menyerbu istana untuk meminang. sultan pun berpesan pada anak-anaknya,
"wahai anak-anakku, ayahanda ingin mengahwinkan puteri sulung dan diluar terdapat beberapa pemuda yang ingin melamar. anakanda-anakanda tengah dan bongsu diminta bersabar kerana sejurus lepas kekanda kamu berkahwin, anakanda yang tengah pula akan dikawinkan. begitu jugala anakanda yang bongsu. tapi satu sahaja ayahanda pesan, jangan la kamu bercakap sehingga kamu selesai dan selamat dinikahkan."
tuan puteri - tuan puteri semua mengangguk tanda stuju.
"orait papa.."
ketiga-tiganya menjawab.
selepas sultan memilih bakal suami untuk anaknya yang sulung, sultan menjemput pemuda tersebut masuk ke kamar tuan-tuan puteri. pemuda itu meminta izin daripada sultan untuk ditinggalkan dia sebentar dengan tuan-tuan puteri tersebut kerana katanya ingin berkenalan dengan bakal bininya. sultan tersebut bersetuju dengan permintaan pemuda tersebut kerana yakin anak-anaknya tidak akan berkata apa-apa walau sepatah pun. sultan pun sempat menoleh kearah puteri-puterinya dan kenyit mata sikit tanda mengingatkan pesanannya tadik iaitu takkan berkata apa-apa walau sepatah haram pun.
so, sultan pun meninggalkan pemuda tersebut dengan tiga orang puterinya. maka pemuda tu pun bertanya la pada puteri bongsu,
"yang mana satu bakal menjadi isteri saya nanti? tuan puteri yang ini kah?"
tuan puteri bongsu tetap tidak menjawab. lalu pemuda pula tanya lagi sekali seraya menggertak,
"mungkin tuan puteri malu untuk menjawab soalan saya. mari kita bernikah sekarang."
apa lagi tuan puteri bongsu pun jadik panik, lalu menjawab
"bukhan, bukhan thayaaa la.."
pemuda tu terkejut sebab tuan puteri bongsu sengau rupanya, lalu dia dengan keadaan masih terkezutt dia berpaling kepada tuan puteri kedua, dan tuan puteri kedua pun panik jugak. lantas menyalahi adiknya "kenafha thakapppp.. kan ayahanda thak kathik kitha thakappppp...". alamak, yang ini pun sengau juga, bisik hati pemuda tersebut dan dengan bedebar-debar pemuda tu berpaling kepada yang sulung dan mata saling berpandangan, masa seakan terberhenti seketika,
lalu yang sulung pun dengan lemah lembut dan perlahan-lahan bercakap, "nathib baik thaya thak thakapppppp."
dum.!!!.. pemuda tu pun pengsan!
ps: dikutip di blog gadis melayu
No comments:
Post a Comment