advertisemant

Sunday, October 16, 2011

Adi wira dedah identiti diri




SEATTLE, Amerika Syarikat - Seorang lelaki yang memakai kostum adi wira ciptaannya untuk menjaga ketenteraman akhirnya mendedahkan mukanya di dalam sebuah mahkamah di sini pada Khamis lalu.

Dia membuka topengnya selepas diarahkan oleh beberapa pegawai mahkamah yang membicarakan kes dia menyembur serbuk lada kepada empat orang lelaki pada Ahad lalu.

Lelaki itu sebelum ini terkenal dengan panggilan adi wira Phoenix Jones.

Nama sebenarnya ialah Benjamin John Francis Fodor.

Menurutnya, dia cuba untuk meleraikan satu pergaduhan apabila dia diserang dalam kejadian tersebut.

Namun, pendakwa raya memberitahu hakim, mereka memerlukan masa untuk memutuskan sama ada akan memfailkan dakwaan dalam kes berkenaan.

Dia memakai semula topeng muka itu selepas perbicaraan tersebut.

Namun, semasa berdepan dengan pemberita, dia menanggalkan semula topengnya untuk mendedahkan identiti dirinya.

Menurutnya, dia merupakan seorang bapa dan mempunyai seorang adik lelaki.

"Saya memutuskan untuk membuat perubahan dan menghentikan jenayah di dalam kawasan perumahan saya," katanya. - Agensi

sumber kosmo

KOSTUM adi wira Phoenix Jones yang dipakai oleh Benjamin John Francis Fodor semasa dia dikerumuni pemberita di bandar Seattle pada Khamis lalu.

Sunday, October 9, 2011

Pertandingan dukung isteri

cabaran laki bini!!!!
ROCCO ANDREOZZI mendukung Kim Wasko semasa dia berlari dalam Kejohanan Mendukung Isteri di Resort River Ski Sunday, Maine kelmarin.



RESORT RIVER SKI SUNDAY, Maine - Pasangan Rocco Andreozzi dan Kim Wasko menang dalam Kejohanan Mendukung Isteri di sini, Amerika Syarikat kelmarin.

Mereka menamatkan larian terakhir dengan masa 49.64 saat manakala tempat kedua dirangkul oleh David dan Lacey Castro dengan masa 52.39 saat.

Seramai 47 peserta menyertai pertandingan itu dengan pemenang akan bertanding dalam Kejohanan Mendukung Isteri Peringkat Dunia.

Antara acara yang perlu para peserta lakukan ialah berlari mendaki bukit dan merempuh halangan kawasan yang berlumpur semasa mendukung pasangan mereka.

Pemenang pertandingan menerima cek bernilai AS$620 (RM1,956). - Agensi

cool games. dekat malaysia takde lagi nih. sehati berdansa punye game show adelah bangang. sumber kosmo

Bunuh isteri ketika mabuk arak


ANGGOTA polis mengusung mayat Gurmeet Kaur yang mati selepas dipukul di muka dalam kejadian di Ulu Bernam, Hulu Selangor semalam.



HULU SELANGOR – Kesan buruk tabiat meminum arak terbukti apabila seorang lelaki langsung tidak menyedari bahawa dia telah memukul hingga mati isterinya selepas bertengkar mengenai kegagalan wanita itu menebus kembali seutas gelang emas yang digadai beberapa bulan lalu.

Kejadian di kuarters Pejabat Haiwan, Taman Golden Wood, Ulu Bernam di sini menyebabkan seorang peniaga nasi lemak, S. Gurmeet Kaur, 41, ditemui mati pada pukul 7 pagi semalam disyaki dipukul di muka oleh ahli keluarganya sendiri beberapa jam sebelum itu.

Difahamkan, kejadian berpunca apabila mangsa bersama suami dan kakaknya mula meminum arak pada pukul 11 malam sebelum mereka bertengkar mengenai seutas gelang milik kakak mangsa yang gagal ditebus kembali selepas digadai.

jangan minum arak. super bahaya!!. sumber kosmo.

Hadiah Yang Kanak2 Tak Mahu Terima Semasa Birthday

tak semua hadiah mereka suka :D
bile tengok balik animasi ni teringat aku semasa calabrate birthday dengan sedara2 aku. tak kira sapa2 punya birthday kompom kena naya. telur dengan tepung tu dah jadi hadiah rutin. mesti kena punya. yang tak best nya time kena tuh tengah pakai semat2 pulak. hadoi. last sedara aku kena sampai menangis beb. biasa lah perempuan. lol.





jaga2, boleh mati terkejut anak2 nanti

Pemakaian Wanita Semasa Job Interview

nasihat aku kepada wanita yang ingin mencari kerja. amalkan ye :D
aku baru start sem sebulan, so dah takde lah budak atas aku. semua dah keluar habis belajar. akulah yang paling senior dekat u nih. terasa kacak. tapi yang tak best nye aku tengok mereka semua mengadu, mengomel dan membebel tak dapat kerja. ape lah mereka dapat kalau asyik buat status tak dapat kerja. bukan nye tiba2 ade boss mane2 company nak invite korang kerja kan.

aku bukan emo dengan mereka nih tapi aku macam tak faham plak kan. ape lah yang dieorang membebel je. pergi ler cari kerja. buat kawan2 yang dah dapat kerja bagus lah. boleh belanja makan nanti.

so buat perempuan2 yang belum dapat kerja ni ada tips untuk anda semua. sila cuba, kalau berjaya tak payah cakap terima kasih dekat aku, belanja makan pun dah cukup. layannn


ni khas untuk mereka yang sporting je ok. jangan amik serius pulak :). 

serius boss tempat kerja korang gatal. cari kerja tempat lain ye. 

Cara Membuat Lukisan Yang Awesome (Video)

oh my god. hensem siot!!
dalam bab melukis ni aku memang si gagal. nak buat garisan lurus pon bengkang bengkok. macam mana lah nak keerja nanti. nasib baik major aku bukan arkitek. so kurang lah melukis2 nih.

tengah aku usha facebook nak tahu cerita kawan2 lama aku ternampak kawan aku post video nih. mula2 aku macam nak layan saje usha2 sambil laju2 kan. tapi bile dah usha mak ai bukan main cool lagi cara dia melukis. cube korang layan dulu.



minit ke 2.00 adalah paling pelik aku rasa. mula2 apesal lah dia padam comot2 lepas tu usha balik baru perasan. hasil padam comot die tu sungguh real. power3

video nih dah lama di upload tapi aku baru tahu, memang slowpoke. aku rasa kawan aku tu amik kos lukisan kot sebab tu dia layan video nih.

semoga aku tak kerja melukis suatu hari nanti. amin

Kerusi Super Awesome

mane nak dapat kerusi cool nih??


finishing dia macam haram. pakcik ni siap lambai lagi. lol

Saturday, October 8, 2011

Kegagalan Yang Paling Menyedihkan

semua pernah gagal, termasuk kucing ni..




sedih betul kucing. siap buat gaya mati :D

'Terminator' rasmi muzium untuk dirinya


ARNOLD SCHWARZENEGGER menunjukkan tugu kepada tetamu sewaktu majlis pembukaan muzium mengenai dirinya di Thal, Austria kelmarin.

ade muzium sendiri tu, hebat gila!
GRAZ, Austria - Bintang filem Terminator, Arnold Schwarzenegger pulang ke tanah airnya, Austria, untuk merasmikan sebuah muzium sebagai pengiktirafan terhadap kejayaan kariernya selama ini.

Jet peribadi yang membawa Schwarzenegger, 64, mendarat di lapangan terbang Graz di sini kelmarin.

Muzium berkenaan terletak di rumah tempat dia dilahirkan yang telah diubah suai di desa Thal.

Muzium tersebut menyorot liku-liku kehidupan Schwarzenegger sebagai seorang pemuda sasa bertaraf imigran, tetapi gigih mencipta nama di Hollywood, seterusnya dilantik sebagai Gabenor Negeri California.

Muzium tersebut dibuka kepada umum sejak Julai lalu, tetapi perasmiannya hanya dibuat semalam. - AP

muzium tak bagus, nanti ade kubur sorang satu. sumber kosmo.

Cara Duduk Kerusi Yang Betul

bosan2 tunggu lecturer dekat kelas???
ok lecturer lambat boleh pulak kan, kalau student mesti dah kena halau. so next time kalau lecturer lambat jom sama2 kita buat macam ni. berani tak??


so mase nak buat tu kena rakam sekali. nanti share dekat aku dan aku akan upload dekat blog tak power aku nih :D

boleh tiru aksi ini jika power :D

Cara Cover Lambat Datang Kuliah Yang Genius

ini sungguh genius. nanti boleh cuba
hari ni aku nak cerita pasal kehidupan seorang pelajar je. balas dendam lepas 2 hari blog aku terbarai. selalunya lepas exam aku mesti akan malas nak pergi kelas. selalunya kelas2 yang aku dah ambik test ni mesti aku ponteng. takpun datang lambat sikit. kate baru lepas test. mood nak belajar tu kurang sikit.

so bile dah lambat dah tentu lecturer aku membebel nye. sem ni malang pulak aku rasa ade 2 3 lecturer yang jenis bajet tegas. asal datang lmabat sikit je nak marah. ade kawan aku datang lambat 5 minit, dia terus duduk  dekat kerusi macam biasa tiba2 je lecturer aku halau, siap ugut tu kalau kawan aku tak keluar lecturer aku yang keluar. peh sumpah poyo.

aku tahu lah dia lecturer tapi tak payah lah nak poyo sangat. sumpah kelas tu aku dah banned gila. dah la first kelas aku masuk kelas tu dah kena sound datang lambat. tapi rilex je melawan kan. lol. buat kawan2 aku yang baca, ingat nama En Rahmat. sila elakkan kan dari belajar dengan dia.

btw ni cara yang paling sesuai aku rasa kalau dah lambat pergi kelas/kuliah. memang terbaik dari ladang.


so lepas ni jom ramai2 lambat pergi kelas dan guna cara macam ni untuk cover. baru macho. silap2 ade awek yang impress macam yang terjadi dekat mamat nih. boleh get laid bro. lol

this guy deserve an award. 

Friday, October 7, 2011

Kenapa Pelajar Benci Peperiksaan???

aku rasa semua student kot tak suka exam.
lega sebenarnya semalam aku dah lepas menjawab test steel. 2 hari jugak lah hidup aku terbarai sebab nak belajar subjek tu. maklum lah dalam kelas bukan nak fokus sangat. lecturer ajar dekat kelas aku dekat belakang main angry birds. bila nak exam/test baru la menggelabah nak berkampung dekat library. memang tiap2 tahun aku macam ni. lol

btw ape yang aku paling tak suka exam ni ialah soalan yang dia bagi memang lain macam. bila belajar bukan main senang lagi. tapi bila keluar time test dah tunggang terbalik soalan tu. contoh paling senang macam kita belajar math. bila kita belajar dalam kelas bukan main senang. boleh je kira tak payah calculator pon selamba jawab. tapi bila dalam exam, dia punya kira2 dah macam professor punya lavel. emo aku.

pada aku sebagai student awam boleh kata benda yang selalu soalan keluar adalah terlalu banyak daya2, concrete2 dan segala bagai lagi benda2 kejuruteraan awam. tapi untuk kawan2 elektrik aku dieorang punya problem lebih kurang macam ni lah


korang tengok macam mana lah student boleh jawab. time belajar dalam kelas memang sayur lah soalan tu tapi bila dalam exam susah gila. boleh menangis nak jawab ni. entry ni memang emosi sikit sebab aku selalu terkena. kalau korang masuk universiti nanti pandai2 lah jaga diri. jangan sampai bunuh diri sudah :).

btw hanya budak2 nerd je yang suka dan stim kalau tengok soalan macam2 ni. memang teransang habis mereka. lol

good luck pada mereka yang exam/test jugak. wish all the best.

Lelaki saman Facebook kerana langgar undang-undang mengintip

ini benar, tak pernah terfikir pun!!


LAMAN sosial Facebook yang dicipta oleh Mark Zuckerberg sering menimbulkan kontroversi dalam kalangan penggunanya.


WICHITA, Kansas, Amerika Syarikat (AS) - Seorang pengguna laman sosial Facebook telah memfailkan saman kerana mendakwa Facebook telah melanggar undang-undang mengintip menerusi satu kuki pengesan yang mampu merekod sejarah laman web yang dilayari selepas penggunanya keluar daripada laman Facebook.

John Graham, 42, yang merupakan seorang peguam memfailkan saman tersebut di Mahkamah Daerah Kansas pada Rabu lalu.

Biarpun begitu, pakar-pakar melihat saman itu sukar untuk diteruskan berikutan mahkamah Kansas pernah menolak kes sama sebelum ini. Malah, semua plantif kalah dalam kes mereka kerana tidak mampu membuktikan kuki itu memberi sebarang ancaman kepada pengguna Facebook.

Jurucakap Facebook, Andrew Noyes memberitahu pihaknya telah mengeluarkan satu kenyataan yang menegaskan bahawa tiada undang-undang yang dilanggar. Facebook juga tidak menyimpan atau menggunakan maklumat yang tidak dimilikinya. - AP

hati2 ye dalam main facebook ni. kang tak pasal2 je. sumber kosmo

Malang Tak berbau

unexpected accident




boleh koma awek tuh. fuhh

Thursday, October 6, 2011

Legenda Apple meninggal dunia

berita sedih untuk apple fags



SEORANG wanita bertafakur sebagai tanda menghormati pemergian pengasas bersama Apple, Steve Jobs di luar sebuah premis Apple di Tokyo, Jepun semalam.


SAN FRANCISCO, Amerika Syarikat (AS) - Pengasas bersama syarikat gergasi komputer dan teknologi maklumat, Apple Inc., Steve Jobs meninggal dunia pada usia 56 tahun akibat kanser pankreas kelmarin.

Dianggap pencetus revolusi budaya moden menerusi ciptaannya seperti iPod, iPhone dan iPad, kematian Jobs berlaku ketika Apple Inc. berada di kemuncak kegemilangannya sebagai pengeluar gajet telekomunikasi terbesar di dunia.



Steve Jobs


"Kami semua sedih mengumumkan bahawa Steve Jobs meninggal dunia semalam," kata pembuat gajet yang berpangkalan di California dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh ahli lembaga pengarah Apple.
Tambah mereka, Apple kehilangan seorang pemimpin yang berwawasan dan genius, manakala dunia pula kehilangan seorang manusia yang menakjubkan.

"Steve meninggalkan sebuah syarikat yang hanya dia boleh membinanya. Semangatnya akan terus wujud sebagai asas kepada Apple," kata pengendali Apple sejak Jobs bercuti sakit sejak Januari lalu, Tim Cook.
Cook dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sejak Ogos lalu. Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh keluarga Jobs, beliau meninggal dunia dalam keadaan aman sambil dikelilingi ahli keluarganya.

Apple memberi penghormatan kepada legenda Lembah Silikon itu dengan memaparkan gambar hitam putihnya yang berjambang dan memakai cermin mata bulat serta baju berkolar di home pagenya bersama tulisan 'Steve Jobs - 1955-2011'.


MESEJ bermaksud "Terima kasih Steve" ditulis di tingkap kaca kedai Apple Store di Santa Monica, California, Amerika Syarikat. Kematian Steve Jobs ditangisi oleh peminat gajet di seluruh dunia.


Apabila pengunjung mengklik pada gambar tersebut, mereka akan dibawa kepada mesej yang ditulis Cook sebagai peringatan kepada Jobs.

Peminat Apple juga dijemput berkongsi memori, ingatan dan salam takziah mereka dengan menghantar pesanan kepada remeberingsteve@apple.com.


Legenda gajet itu dilahirkan pada 24 Februari 1955 di San Franciso oleh seorang ibu tunggal dan diambil sebagai anak angkat oleh satu pasangan di Mountain View ketika baru berusia beberapa hari.

Beliau berusia 21 tahun apabila mencipta Apple Computer bersama Steve Wozniak, 26, di garaj keluarganya pada tahun 1976.

Di bawah Steve, syarikat tersebut memperkenalkan komputer Apple pertama dan kemudiannya Macintosh yang menjadi popular pada tahun 1980-an.

Jobs meninggalkan Apple pada 1985 selepas berlakunya perebutan kuasa. Jobs kemudian memulakan syarikat NeXT Computer yang mengkhusus dalam perisian stesen kerja yang canggih untuk perniagaan.
Sejak itu, kegemilangan Apple pudar. Namun ia kembali pulih pada tahun 1996 apabila Apple membeli NeXT Computer pada harga $429 juta (RM1.2 bilion).

Apple semakin kukuh apabila Jobs merombak strategi Macintosh, merevolusi budaya moden dan melancarkan pasca era komputer peribadi yang memberi laluan kepada alat mudah alih pintar seperti iPod, iPhone dan iPad.

Jobs meninggalkan seorang balu, Laurene dan tiga orang anak. - AFP

RIP steve. sumber kosmo

Hati2 Semasa Berjalan

ini sungguh tak disangka
serius bila tengok animasi ni teringat kawan aku yang langgar sliding door masjid. dia cakap tak nampak sliding door tu tertutup. nasib baik tak pecah macam ni.



btw dekat masjid tu dahi aku benjol sebab langgar tiang dalam masjid, main lari2 punya pasal. padan muka


so sila berhati2 ye :) 

Wednesday, October 5, 2011

Exception : Cerita Terbaru Hollywood

this joke made me lough so hard.
aku suka joke yang orang capture gambar dari filem lepas tu masuk dialog sendiri berdasarkn mimik muka pelakon tersebut. sometimes that joke buat aku gelak sorang2 macam orang gila. mungkin tak ramai orang dapat faham pasal lawak tu. kena fikir sikit kot. selalu aku jumpa lawak jenis ni dalam tumbler. aku stalk tumbler yang suka upload gambar2 macam ni.

btw korang mesti layan cerita inception kan?cerita mimpi dalam mimpi tu. leonardo di caprio berlakon. memang epic cerita tu. 3 kali aku layan baru faham. yang tak faham tu ending dia. adakah caprio masih ada dalam mimpi atau tak?konfius sampai sekarang. 

ni aku nak share antara capture gambar dari movie tu dan di masukkan dialog. layan


yang ni lawak orang putih. kalau berminat yang melayu punye korang usha dekat busuk.org. ni orang melayu yang buat.

pada sapa2 yang rasa tak lawak. lantaklah. 

Epic Zoom In Yang Super Cool

ini sungguh mindblown. tak sangka betul
dulu2 aku pernah tunjuk kan video gambar burj khalifa yang telah diambil gambar keseluruhan bangunan dengan menggunakan camera yang super canggih. tak ingat dah berapa punye pixel tapi 1 gambar je dah 2.3 giga tak silap saiz die. sile lah korek blog aku dalam2 kalau nak usha balik pasal post tu.

btw aku ade jumpa gambar cartoon yang di unzoom kan. cube korang layan. kalau tak faham layan banyak kali. gambar terlalu banyak.




Budak 12 Tahun Berjaya Gagalkan Rompakan (Video)

macam tak caye kan???
biar betul 12 tahun dah jadi hero. tapi inilah yang berlaku pada budak berusia 12 tahun di turki. aku tak tahu nama dia sebab takde info. aku jumpa video nih dekat youtube. beliau tengah lepak dekat kedai emas(aku tak pasti sangat sebab tak berapa jelas video nih) dan otw nak keluar ade pulak perompak masuk. die serang perompak tu walaupun badan kecik. berani gila. korang layan dulu video nih



perompak tu tak perasan ade budak belakang tu. terus budak tu try nak rampas pistol tapi tak berjaya. walaupun tak berjaya dia dapat jugak halang perompak tu merompak kan. tahniah. polis siasat punya siasat rupanya perompak tu adalah orang yang tinggal berdekatan dengan kedai ni jugak. padan muka kau kena tangkap sudah.

power budak ni. dah besar nanti boleh jadi MR TURKI pulak, ala2 mr america :D

Hati2 Dengan Anjing

anda mungkin pembuli haiwan.tapi...



kadang2 anda kena balik :D

Tuesday, October 4, 2011

Hero Sebenar

kemalangan jenis apa nih???



semua orang diatas adalah penyelamat sebenar. bukan mat sabu

fuh ganas betul eksiden nih

Hati2 Semasa Berdating #2 (9 Gambar)

Buat lelaki semua sila Berjaga2 semasa keluar date
dulu aku pernah buat entry macam ni dekat SINI aku tak tahu macam mana nak start entry nih, terlalu banyak cara untuk aku cerita hal macam ni. ok aku cerita pasal bercinta internet. macam najwa latif cakap cinta muka buku. dalam facebook muke memang cantik. bila ajak date pun memang tak menyesalah kan sebab cantik. tapi realiti nya jauh panggang dari api.

maksud aku memang nampak cantik awek ni. tapi lepas upgrade muka dia. bukan lah buat pembedahan tapi lepas make up tebal2. cube usha gambar2 nih baru korang tahu.





Mari Pedajal Kawan2 Yang Overdose (11 Gambar)

Drunk like a boss!!!
aku suka tengok gambar mat saleh yang overdose mabuk. kadang2 ada gambar mereka tengah muntah, pengsan dekat tengah jalan. ade jugak yang kena pedajal masa dieorang hangover nih. maklum lah dah minum sampai tak sedar diri sampai apa orang sekeliling buat pun diri sendiri tak sedar.

kes ni selalu berlaku dekat student yang suka beparty. kalau korang layan cerita GREEK series mesti korang perasaan kerja student sana bukan lah belajar sangat tapi lebih berparty dan bersocial. ape nak  pelik kan. name pun mat saleh.

btw aku ade jumpa koleksi seorang mamat nih yang setiap kali minum je mesti dia lah paling awal yang tumbang dulu. sampai kawan2 die rekodkan segala apa yang telah didajal kan keatas mamat nih. masalah nye bertahun kot mamat ni kena dengan  kawan die. sile layan.





Monday, October 3, 2011

Gambar Photoshop Haiwan Yang Cool (8 Gambar)

mari layan kelainan sedikit dalam photoshop :D
photoshop ni kalau kite sembang mesti berkaitan dengan perempuan dan fake boob, ass dan macam2 hal lagi. kalau yang gelap boleh jadi putih. yang gemuk boleh jadi kurus. yang huduh boleh jadi cantik macam Demi Lovato. pehh memang semua benda yang tak best boleh jadi best lah kalau ada photoshop nih. nasib baik aku tak pandai main photoshop, kalau tak gambar profile picture mesti dah sekacak ashton kutcher. lol

btw sekali sekala kita layan photoshop versi haiwan pon nice jugak. bukan nak edit haiwan tu jadi comel menawan macam badak sumbu jadi slim river kan. tapi mix up kan 2 haiwan menjadi 1. menjadi jugak art nih. sila layan.





Hati2 Dengan Haiwan Peliharaan

ingat nak belai2 manja tapi....



dapat hadiah percuma lah pulak :D

Sunday, October 2, 2011

Acara melukis pada tubuh badan

ini sungguh indah :)




BANDAR RAYA MEXICO - Seramai 20 model dan 20 artis mengambil bahagian dalam acara melukis lukisan pada tubuh badan di sini.

Acara itu diadakan pada Jumaat lalu dan dianjurkan oleh Tzikbal.

Semua model itu mempunyai lukisan unik yang dilukis di bahagian muka, tangan dan anggota tubuh mereka yang lain. - Agensi

SEORANG artis melukis lukisan pada tubuh seorang model wanita di Bandar Raya Mexico pada Jumaat lalu. - Reuters

nanti aku cari cerita yang kagi detaik. kosmo ni bagi cerita sikit2 je. damn

Kenapa Kite Perlu Berkawan Dengan Budak Nerd

tersangat lah betul fakta nih
aku dekat universiti ni bukan lah best student pun. pointer cukup2 makan. takdelah pernah sangkut duit ptptn aku. sape2 yang belajar dekat u tahulah ape kena mengena pointer dengan duit ptptn. berkadar terus kon hubungan duit dan pointer. lol.

btw dekat u dah semua tahu aku bukan best student. so susah lah part combine group. aku tak kisah sebenar nya dapat group macam mana. sebab tahu tak ramai nak jadi kan aku group member dieorang(bukan forever alone ok!). tapi kalau boleh aku nak aku buat2 kerja berat. angkat concrete ke, bancuh simen(fyi aku amik sivil eng, bukan mat indon kerja kontrak). bab kire2, tulis report memnag aku fail. sebab tu aku suka join group yang full of nerds. sile baca gambar nih


kalau nerds tu gadis comel dah kire bonus untuk aku. rezeki la tu :D

most of kawan2 aku pun guna taktik yang sama ;)

Detik Kegembiraan Menjadi Sedih

aku tak tahu nak cakap sedih ke tak, tapi ini memang lawak :)



jangan terlebih suka ya kawan :D

Saturday, October 1, 2011

Seni Kreatif Dari Kertas dan Pencil (6 Gambar)

ini sungguh kreatif!!
hari yang paling tak produktif untuk aku buat assignment bila aku bangun dah pukul 12. pergi janda makan balik dah pukul 1. baru nak bukak buku memang malas. so aku update blog je lah :D

rasa nya dah lama aku jumpa karya seni dari kertas dan pencil nih cuma tak up kan dalam blog nih. macam mana  lah boleh timbul idea nih aku pun tak tahu tapi ianya tersangat lah awesome. aku suka orang seni nih. mereka berfikiran yang sangat luas tak tertumpu pada satu bidang. tapi bukan seni yang lukis2 gambar orang tu. terlalu average seni tu.

korang enjoy koleksi gambar di bawah ni. sungguh cool.





Hati2 Semasa Bermain Dengan Kuda

suka dengan kuda???sila layan

sila fikir2 kan semula :D

Do It Yourself Yang Super Jimat #2 (8 Gambar)

jimat dan teruskan berjimat :D
several days ago aku ade post pasal DIY yang super jimat. la ni aku nak sambung dan kongsi beberapa gambar lagi pasal DIY ni. DIY ni sangat bagus dan perlu kreatif. baru hasil nya terbaik dari ladang. aku lepak library uni aku buku DIY je banyak dan tebal2. betapa bagus nya DIY ni. tapi jang terlalu nak jimat sangat ye.

sila layan beberapa gambar DIY yang jimat nih. enjoy guys :)