advertisemant

Wednesday, August 31, 2011

Pakai purdah sembunyi syabu



NORDIN (dua dari kiri) menunjukkan bengkung yang dipakai di badan untuk menyembunyikan syabu.


SHAH ALAM – Sindiket yang terlibat dalam kegiatan penyeludupan syabu antarabangsa semakin kreatif dengan taktik-taktik terbaharu untuk mengelirukan pihak berkuasa bagi membawa masuk barang haram itu ke negara ini.
Selain menggunakan taktik kreatif seperti menjadikan syabu sebagai replika kepala harimau, memasukkan dadah dalam omboh enjin kereta, mi segera, ubi kayu atau pencuci rambut, kini ada dalam kalangan kurier dadah terbabit berlagak seperti seorang alim dengan wanita berpakaian purdah manakala lelaki memakai jubah.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Selangor, Asisten Komisioner Nordin Kadir berkata, taktik pemakaian purdah dan jubah bagi membawa syabu dikesan ekoran penahanan beberapa orang kurier dadah yang kemudian didapati menyembunyikan dadah dalam bengkung yang dipakai di badan.
“Ada warga Iran dikesan menyimpan syabu dalam bengkung di sebalik penampilan memakai jubah manakala bagi wanita memakai purdah menyembunyikan dadah di badan mereka,” kata beliau ketika ditemui di sini baru-baru ini.
Pada awal tahun ini, menurut beliau, polis menahan tiga wanita Iran berpurdah yang kemudian dikesan menyembunyikan sejumlah dadah syabu di badannya di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT), Sepang.
Sepanjang tahun lepas dan tahun ini, polis mencatatkan sebanyak 23 kes dadah disembunyikan dalam bagasi, menelan dadah (5), menyimpan di dalam silinder besi (2), menyimpan di dalam sabun mandi (1), menyembunyikan di dalam peket mi segera (2) dan menyimpan di dalam ubi kayu (20).
Semua rampasan itu dilakukan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan LCCT.
Mengulas mengenai tangkapan di KLIA, Nordin memberitahu, jumlah tangkapan warga asing membawa dadah meningkat secara mendadak pada setiap tahun.
“Pada tahun lalu sebanyak 164 orang ditahan termasuk 27 wanita dan tujuh kanak-kanak.
“Daripada jumlah tangkapan itu, rakyat Iran paling ramai ditahan dengan 114 orang lelaki dan 16 orang wanita,” kata beliau.
Baki tangkapan itu membabitkan rakyat India, Pakistan, Turki, Bulgaria, Thailand, Nigeria, Kenya, Togo dan Indonesia.
Bersama-sama dengan tangkapan itu, polis merampas sebanyak 154.21 kilogram syabu yang kesemuanya bernilai RM37 juta.
Sehingga Jun tahun ini, Nordin berkata, polis berjaya mengesan sebanyak 56 kes penyeludupan dadah jenis syabu di KLIA dengan 43 tangkapan.
“Jumlah terbesar warga asing yang ditangkap ialah 32 rakyat Iran termasuk 16 wanita,” kata beliau
sumber kosmo

Suami terbuang barang kemas milik isteri



GEOFF kini menjadi pemburu barang kemas di sebalik timbunan sampah di Brisbane, Australia.


BRISBANE – Seorang suami di Australia yang hanya dikenali dengan nama Geoff semalam merayu kepada pekerja-pekerja majlis perbandaran supaya mencari beberapa barang kemas isterinya yang silap dibuang ke dalam tong sampah.
Barang kemas itu terdiri daripada dua gelang rantai dan beberapa kepingan emas yang semuanya bernilai AS$53,000 (RM158,231).
Menurut Geoff yang merupakan seorang pemandu trak, barang kemas itu disimpan di dalam beberapa beg plastik bagi mengelak dilarikan sekumpulan perompak jika mereka memecah masuk ke rumah.
Barang kemas dalam beg plastik itu tersilap dibuang pada minggu lalu ke dalam tong sampah di luar rumah mereka semasa dia membuat kerja-kerja pembersihan.
Jurucakap Majlis Wilayah Pantai Sunshine, Gary Reeve memberitahu pemberita bahawa harapan untuk menemui barang kemas itu amat tipis kerana terdapat ribuan tan sampah pada setiap minggu. – Agensi
sumber kosmo

Effect Meriam Ke Atas Manusia

entry yang tiada kene mengena dengan kekalahan arsenal beberapa hari lepas :)


tapi aku harap dapat tembak man u macam nih

Powernye Seorang Pekerja

win win win!!!!



Tuesday, August 30, 2011

Video Klasik Versi Warna Kemerdekaan Pada 31 Ogos 1957

sumpah klasik yang amat!!!!!!


muka pakcik2 semua dalam memang sedih dan menghargai kemerdekaan. so aku harap kita yang muda2 ni lepas ni celebrate lah dengan lebih elok. jangan leka main mercun, mabok, clubbing joget tak tentu pasal. kalau pegi rumah terbuka pak najib lagi bagus, ade bacaan doa selamat serta kesyukuran. happy national days readers :)




suasana stadium ni lagi meriah dari final kelantan terengganu.

Sunday, August 28, 2011

Spiderman Dunia Sebenar

fail!!!



jangan tiru ye :)

Cara Turun Tangga Yang Salah

ini menyakitkan!!
several days ago aku ade post baby turun tangga. now aku jumpe orang dewasa pulak yang main turun tangga dengan cara lain. fuhh memang sakit.


ade bantal pon tak gune. lol

T-Shirts Awesome Untuk Gadis2

untuk gadis yang nak sangat jadi hot


tak sesuai untuk hari raye ye :)

Repost Raya: Pesta Meriam Kampung Talang

orang2 kg Talang memang terbaik


amaran kepada semua jangan main tanpa pengawasan orang2 tua.




ps: seronok betol orang kg talang main :)

Bahaya Bersin (18SG)

sumpah geli
sebelum ni aku asyik cerita pasal tahi versi kartun. sekarang korang boleh enjoy tengok tahi betol2. lawak tapi geli. lol



euwwwwwwwwwwwwwwwwwww


tapi jangan takut, lakonan semata2.

Saturday, August 27, 2011

Aksi Remaja Panjat Bangunan

kenapa la mereka ni tak jatuh. hampeh


Bermain Layang-Layang Yang Extreme

layang2 for kids??
masa jaman kecik2 dulu, layang-layang ni adalah salah satu permainan tradisonal yang selalu aku main. permainan ni simple dan tak payah bajet sangat. pakai lidi dengan surat kabar je boleh siap. benang pulan rembat emak aku punye. tapi nak main ikut musim. time angin kuat je baru best main.

so aku ade jumpe animasi yang berkaitan layang2 nih. enjoy the extreme of layang-layang!


sampai terangkat orang tu. bala2

Skil Flip Yang Gagal

tak payah nak skill sangat. lol


face land

epic double backflip fail


orang first tu yang sakit ooo

Cara Haiwan Bersembunyi daripada Musuh (10 Gambar)

bolehkah anda mengenalpasti kesemua haiwan dibawah??
haiwan cipataan tuhan, setiap yang berlaku ade hikmahnya. serius aku admit yang bile teringat sesumpah boleh berubah warna, aku terfikir macam mane la kan haiwan tu boleh berubah2 warna. kulit ape sesumpah ni sampai power macam tu. akhirnya hanya tuhan yang tahu. dan secara sains nya kita faham supaya tidak berlaku persoalan. enjoy the picture. banyak lagi haiwan yang boleh berubah dan menyesuaikan diri dengan persekitaran bagi tujuan menyelamatkan diri. saksikan!!


power la kalau korang dapat teka semua dengan betol :)

Motor Bergerak Atas Air

ini sangat genius




lepas ni boleh try dekat lagenda aku pulak :)

Friday, August 26, 2011

gua ladang dadah dalam rumah (12 Gambar)

cool giler!!
di tennessee sebuah rumah yang pada mata orang kelihatan normal seperti rumah orang lain. tapi bile di geledah rumah tersebut aku rasa korang tak kan percaya. ade ladang dadah beb. masalahnya ladang tersebut tersangat lah canggih. ala2 hidroponik tu cara mereka tanam. dengan sistem cahaya lagi. terbaik oooo. ok sile layan gambar2 di bawah.




Ibu rantai anak lelaki selama 23 tahun

only in china!!!




XIAO ANRONG menggunting rambut anaknya, Tang Zuhua yang dirantai dalam keadaan bogel di sebuah bangsal di Chingqing, China baru-baru ini.


CHONGQING - Seorang ibu mengikat anak lelakinya yang sakit mental dengan rantai dalam keadaan bogel di dalam sebuah bangsal yang buruk di sini sejak 23 tahun lalu, lapor sebuah akhbar semalam.
Ibu itu, Xiao Anrong yang berusia 76 tahun mahu anaknya itu, Tang Zuhua yang berumur 40 tahun dijaga oleh seseorang selepas dia meninggal dunia.
Menurutnya, dia merantai anaknya itu demi kebaikannya.
Dia berkata, anaknya akan mengoyakkan pakaian yang diberikan kepadanya.
Menurut ibu itu, anaknya akan membahayakan dirinya sendiri jika dia tidak dirantai.
Dia berkata, jiran-jirannya juga telah mendermakan makanan untuk anaknya itu.
Anaknya itu tidur di atas lantai kerana ibunya tidak mampu membeli jerami untuk dijadikan alas tidur.
Anrong berkata, anaknya itu mula bertindak ganas semasa dia berumur 17 tahun dengan membaling pelbagai barang menyebabkan keputusan untuk merantainya dibuat.
Sejak dua orang lagi anaknya yang normal meninggalkan rumah, Anrong perlu menjaga Zuhua seperti memandikannya, memotong rambut, membersihkan tempat tinggal dan memberi makanan dengan menggunakan duit pencennya bulanan 166.57 yuan (RM78) sebulan.
Namun, selepas dirantai selama 23 tahun, Zuhua tidak mampu berjalan dengan baik kerana otot kakinya jarang bergerak. - Agensi
sumber kosmo

Tikus gergasi dibunuh di New York

JOSE RIVERA membunuh seekor tikus gergasi dengan menggunakan serampang peladang di kawasan perumahan Marcy di Brooklyn, New York baru-baru ini.

NEW YORK, Amerika Syarikat (AS) - Seekor tikus gergasi dibunuh dengan menggunakan serampang peladang di sebuah kawasan perumahan di sini, lapor sebuah akhbar semalam.
Seorang pekerja projek perumahan berkenaan, Jose Rivera, 48, sedang memusnahkan lubang tikus apabila tiga ekor tikus gergasi muncul baru-baru ini.
Seekor tikus itu sepanjang hampir satu meter termasuk ekor dengan badan haiwan itu dilitupi bulu putih dan ia kelihatan gemuk.
"Saya menikam tikus itu sekali tetapi ia masih bergerak lalu saya menikam haiwan itu sekali lagi dan ia mati," kata Rivera.
Ketua Persatuan Penduduk Perumahan Marcy di Brooklyn di sini memberitahu, tikus gergasi beberapa kali dilihat berkeliaran di tempat mereka sejak sekurang-kurangnya enam tahun lalu.
Pakar-pakar haiwan mengenal pasti tikus raksaksa itu sebagai tikus spesies C. gambianos yang boleh membesar hingga satu meter dengan berat hampir dua kilogram.
Tikus itu boleh hidup selama tujuh atau lapan tahun. - Agensi
sumber kosmo

Cara Turun Tangga Yang Betol Untuk Baby

style gile. rugi kecik2 tak buat


baby: mak nak susu
ibu: mari turun bawah amik.
baby: ok kejap ye


ibu: nah minum la.
baby: nom nom nom

tangga lembut boleh la buat. kalau simen mau retak tengkorak baby tu aku rase.

Seni Dari Barang2 Bilik Tidur Dan tandas (7 Gambar)

kalau rajin macam macam boleh jadi.


mula mula aku tengok gambar2 yang ada ni aku macam tak faham sangat sebab tiada description yang menerangkan hal hal gambar ni. tapi nampak macam mereka buat scene jenayah yang berlaku dalam bilik. yang menariknya mereka hanya menggunakan tisu, bantal, tilam dan beberapa lagi barang keperluan rumah. so enjoy!!



Edisi Lawak: Surprise Ballon

edisi lawak
tengah bosan2 lepak office aku bukak damnlol untuk cari idea. jumpe gambar ni. watch it.


sekali orang tua da.

Cara Terbaru Permainan Lembu Ganas

sampai mati lembu tu takkan dapat tanduk mereka ni

permainan rodeo yang terkenal di spain. lembu ganas yang melembu. tanduk panjang, kalau kene redak tu mau terburai isi perut. tapi dalam animasi ni. lembu ni kene menganjing je oleh pemain nya. lol 


tapi sekali lembu tu dapat jatuhkan, memang lunyai la dieorang nih.

Thursday, August 25, 2011

Bahana Terlebih Menggali

pity for that uncle


alasan nak beli kereta baru leteww

Amerika terus curiga penduduk Islam



CIA didakwa bantu polis New York buat intipan di masjid, pantau kegiatan masyarakat 

NEW YORK: Organisasi pembebasan hak asasi Muslim Amerika Syarikat kelmarin menggesa siasatan persekutuan dan sesi keterangan di Senat terhadap laporan menunjukkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) membantu Jabatan Polis New York (NYPD) mengumpul maklumat perisikan di masjid dan kawasan etnik minoriti.
Majlis Hubungan American-Islamic (CAIR) mengesyaki wujudnya kerjasama antara polis dan CIA dalam mengumpul maklumat perisikan yang melanggar Perlembagaan Amerika, Akta Hak Persendirian 1974 dan arahan presiden melarang CIA mengintip rakyat Amerika, kata peguam CAIR, Gadeir Abbas.
“Memang wajar sesi memberi keterangan diadakan dalam hal ini,” kata Gadeir yang meminta Jawatankuasa Perisikan Senat menilai sebahagian operasi pengawasan CIA. 

Laporan Associated Press (AP) mendedahkan, pegawai NYPD menyamar ketika dihantar ke kawasan penduduk minoriti untuk memantau kedai buku, bar, kafe dan kelab malam serta polis menggunakan pemberi maklumat yang dikenali sebagai ‘kaki ampu’ masjid untuk mengawasi khutbah. 

“NYPD dianggap jauh melangkaui batas tugas dan menyasarkan komuniti etnik dengan cara ini ia akan melanggar peraturan kebebasan awam jika dilakukan oleh kerajaan persekutuan,” kata AP yang menjelaskan kerjasama antara CIA dan NYPD sebagai belum pernah terjadi sebelum ini. 

Jurucakap polis pula berkata: “Kami tidak mahu minta maaf kerana teknik agresif yang dilakukan sejak serangan 11 September 2001.” Katanya, teknik berkenaan membantu menggagalkan 13 rancangan pengganas di bandar itu. 
“Ia (laporan AP) menunjukkan kami melakukan apa saja yang munasabah untuk menghentikan pengganas daripada membunuh lebih ramai penduduk New York,” kata Timbalan Pe suruhjaya NYPD, Paul Browne menerusi e-melnya. – Reuters

Reaksi Baby Apabila melalui Terowong

serius comel




muka dia bile terkejut. priceless

Bapa Di Tuduh Cuba Sembelih Anak


Shahli didakwa cuba membunuh anak sendiri di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu semalam.



KUALA TERENGGANU – Seorang bapa yang bertindak kejam dengan cuba menyembelih anak sendiri diheret ke Mahkamah Sesyen di sini semalam atas kesalahan cubaan membunuh.
Tertuduh, Shahli Harun, 42, dari Kampung Guar Jumaat, Gurun, Kedah bagaimanapun mengaku tidak bersalah ketika jurubahasa membacakan pertuduhan kepadanya di hadapan Hakim Zainal Abidin Kamarudin.
Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh yang juga seorang kontraktor dituduh cuba membunuh anaknya, Puteri Intan Syazwani, 4, dengan menggunakan sebilah parang hingga menyebabkan kanak-kanak itu mengalami kecederaan di leher.
Dia dituduh melakukan perbuatan itu antara pukul 1 dan 2 petang pada 22 Ogos lalu berhampiran pondok tol yang masih dalam pembinaan di Lebuh Raya Bukit Besi-Ajil dekat Dungun.
Pertuduhan dilakukan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh sehingga menyebabkan mangsa cedera.
Jika sabit kesalahan itu tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Masriwani Mahmud.
Ketika pertuduhan dibacakan, Shahli yang kini menetap di Kampung Bijangga, Dungun dekat sini cuba berdolak-dalik dengan mengatakan dia tidak faham pertuduhan tersebut kerana tidak waras.
sumber kosmo

Stop Motion Street Fighters (video)

street fighters for the win!!!!
aku memang penggila games. masa aku sekolah rendah aku start main game tape. game paling famous mase tu adelah super contra dengan street fighters. kalau contra tu standard nyawaa 3 tapi ade cheat boleh buat nyawa jadi 30. orang power2 sahaja yang tahu. tapi susah gile nak jadi nyawa 30.

berbalik pada street fighters. masa kecik2 dulu aku main lawan abang aku, aku pakai chun lee abang aku pakai macam2. tapi abang aku tetap kalah sebab chun lee ni bile die sepak biase kaki die berapi. belum buat skill lagi. bile kaki berapi, rage attack die bertambah. so abang aku tension asyik kalah je die terus banned aku jangan pakai chun lee. kalau nak lawan die kene pakai player lain. good old days.

sekarang ni game streets fighters dah makin mengarut. ade yang editon lawan dengan xmen lah ape lah. nak main pon menyampah. dekat bawah ni ade video stop motion street fighters between ryu dengan ken. epic aku rase sebab stop motion ni nak buat adelah sangat leceh. so kene bagi credit mereka yang buat ni. ok enjoy the video geng.



kemarok main game sampai mak aku humban game tape ni ke luar. hancur terbarai.

Kisah Benar Tantang Mangkuk Tandas #2

entry tak muntah sangat la kan. tapi geli
2 hari lepas rumah aku takde air. sebab nye ade paip pecah kene langgar. almost satu hari takde air. nak mandi, berry, basuh baju jadi susah. yang senang nya minum air. tapi kene sorok2 la kan sebab kantoi nanti naik van jenazah lah jawabnya. 

berbalik pada cerita tadi. masa takde air tu perut aku sakit memulas. nak tak nak berry la jugak. lepas selesai hajat aku flush la kan. lepas flush air tak boleh refill. terpaksa jirus banyak kali lepas tu. najess tu pon hilang. lega lah kan. sebab selalu kalau dekat rumah sewa aku, najes ni hilang seketika. kejap lagi die naik balik. siot betol. kira nye invisible untuk beberapa minit. lepas tu muncul balik. macam dalam gambar ni kronologi kisah najis ni.


kalau aku sebagai precaution akan lepak dalam toilet 2 minit untuk pastikan takde bahan bukti tertinggal. maklum la kesian dekat kawan lain yang nak gunakan toilet. dah la toilet tak bersih, lepas tu ade pulak souvenir kawan2 tinggalkan. kan ke kesian kawan tu nak guna. 

standby air banyak2 kalau nak berry time air takde  ye

Fungsi Ipad Sebagai Pemukul (Video)

new function for ipad: Ipad Smack!!!
kaye sampai tak sayang harta. kan elok kalau derma dekat masjid



bile tengok balik video nih. muka macam anak pak arab je. anak2 shiekh dekat abu dhabi ni aku rase. patut la ipad ni buat main pukul orang je. jadi kaye ape2 pon boleh but. lol

kalau taktau nak buat ape, baik bagi aku ipad tu oi!!

Wednesday, August 24, 2011

Model Bangunan Diperbuat Dari Daun Terup

hebat bangat!!!!
daun terup ni memang permainan aku dengan member2 time dekat2 nak final exam. maklum la study sampai tengah malam, time take 5 kiteorang start main card. bajet nak main seframe dua. last2 lame lagi masa main card dari study. lol. sebab aku tak merokok, card ni jugak jadi penenang minda bila dah jem sangat tak boleh masuk ape yang aku study.


okeh btw aku ade jumpe gambar mase online berkaitan deck card ni. dulu pernah dengar orang cakap dari card ni orang boleh buat arca, model bangunan. lepas tu aku jumpe gambar nih. so aku payung la gambar tu. untuk info siapa yang buat model bangunan dari daun ni aku tak tau la sebab jumpa gambar secara random. enjoyyy


gile power betol. rajin mamat nih. aku tengok orang nak susun domino pon leceh. ni kan pulak nak susun card. lepas tengok gambar ni aku ade jugak try2 tegak kan card, mane tau boleh buat arca muke aku. tapi hampeh, gile susah. nak tegakkan kan sekeping card pon tak boleh. kene ade skill aku rase nak tegakkan card nih. 

aku rase mamat dalam gambar ni kerja dia dari kecik sampai besar susun card je.

Kapsul belon untuk pelancong lihat Bumi

dunia semakin canggih


KAPSUL yang bergerak ke lapisan stratosfera Bumi dengan belon.



BARCELONA - Sebuah syarikat Sepanyol mencipta sebuah kapsul yang akan membawa pelancong ke stratosfera Bumi dengan menggunakan belon helium pada 2013, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Stratosfera berada pada ketinggian di antara 12 hingga 50 kilometer dari Bumi.
Syarikat Zero 2 Infinity itu mengenakan tambang sebanyak £90,000 (RM442,734) untuk setiap pelancong yang berada di dalam kapsul tersebut selama lima jam.
Para pelancong akan menikmati pemandangan Bumi. Kapsul tersebut direka supaya mereka boleh memakai baju-T semasa berada di dalamnya.
BENTUK kapsul yang akan dinaiki oleh pelancong.


Ketua Pegawai Eksekutif Zero 2 Infinity, Jose Mariano Lopez-Urdiales berkata, dia mendapat idea untuk melaksanakan projek tersebut sepuluh tahun lalu.
Setakat ini tiga ujian sudah dilakukan pada jarak 32.18 kilometer dari bumi.
Para pelancong akan disajikan makanan semasa mereka berada di dalam kapsul itu. - Agensi

sumber kosmo

Lembu tersangkut pada penghadang jalan

kes2 unik. setakat ni aku tak pernah jumpa lagi masa kerja dekat propel.


keadaan lembu yang tersangkut di Rovella-Salerno, Italy 

ROM - Seekor lembu tersangkut pada penghadang jalan dekat kampung Montecorvino Rovella-Salerno di Itali, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Kejadian tersebut berlaku apabila lembu itu cuba untuk melompat melepasi penghadang jalan itu.
Namun, kesilapan lompatan itu menyebabkan ia hilang iimbangan sekali gus mengakibatkan badan haiwan tersebut tersangkut pada penghadang jalan baru-baru ini.
Seorang mekanik, Roberto Marano, 42, berjaya merakamkan gambar haiwan itu.
Namun, katanya, lembu itu akhirnya berjaya melepaskan diri. - Agensi
sumber kosmo

Nelayan tangkap ketam ganjil

fuh memang pelik!!




RUPA bentuk ketam ganjil yang kini dipelihara di Akuarium Blue Reef, Southsea, Hampshire, Britain.


SOUTHSEA - Seorang nelayan menangkap seekor ketam ganjil yang wajahnya dikatakan mirip makhluk asing dalam filem Predator yang dibintangi pelakon Arnold Schwazenegger pada tahun 1980-an, lapor sebuah akhbar semalam.
Ketam itu kini ditempatkan di Akuarium Blue Reef di Southsea, Hampshire, Britain selepas haiwan tersebut diserahkan untuk dipamerkan baru-baru ini.
Haiwan tersebut turut dikenali sebagai ketam span dan ia boleh menyamar dan mengelak daripada dilihat menerusi pemandangan mata semasa haiwan tersebut berada di dasar laut.
Ketam itu akan dipamerkan kepada orang ramai selepas ia selesai dikuarantin. - Agensi
sumber kosmo

Manusia Hidup Dengan Separuh Badan (9 Gambar)

Mind Blown!!! 
Peng Shuling, 37 warga china telah menghadapi kecelakaan pada 2 tahun lepas. di sebabkan itu separuh badannya hancur. ketabahan beliau telah menjadikan ramai orang OKU di china lebih bersemangat untuk teruskan hidup. salute!! 

Tuesday, August 23, 2011

Ibu Bapa Yang Gagal #2 (9 Gambar)

sila jangan ikuti versi 2.0
several weeks ago aku ade post pasal parenting fail. sekarang aku nak sambung lagi kisah kegagalan mereka. kalau bab2 gagal mendidik ni dah tentu la mat/minah saleh. rilex je buat bende terkutuk depan anak2. kalau orang malaysia ni die punya habbit lain. nak ajar anak buat jahat jenis bawak untung je. contohnya ajar anak mengemis, mencurik. macam2 hal betol orang malaysia ni.

ok berbalik pada cerita parenting fail tadi. mari saksikan koleksi ibu bapa yang gagal dalam mendidik ni.


Tahap Marah Tertinggi!!

kemarahan melampau




sape marah macam ni. aku salute!!

Ahli falak ramal Aidilfitri Selasa depan

Raye Raye Raye!!!!




AHLI falak yakin anak bulan akan cukup syarat pada 29 Ogos ini untuk memulakan bulan baharu iaitu Syawal pada 30 Ogos ini. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR – Beberapa orang ahli falak yakin umat Islam akan menyambut hari raya Aidilfitri pada Selasa, 30 Ogos ini berdasarkan kajian dan perkiraan hisab serta kedudukan anak bulan Syawal.
Menurut Yang Dipertua Persatuan Falak Syarie Malaysia, Tuan Syed Kamaruzaman Syed Kabeer, andaian itu dibuat kerana penentuan awal Syawal 1432H menggunakan kaedah rukyah (cerapan) dan hisab berpandukan kriteria imkanur rukyah (kebolehnampakan).
“Berdasarkan perkiraan itu, anak bulan dijangka sudah cukup syarat untuk memulakan bulan baharu (Syawal) pada 30 Ogos ini,” jelasnya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau bagaimanapun menjelaskan, tarikh sebenar hari raya tetap tertakluk kepada perisytiharan Penyimpan Mohor Besar Majlis Raja-Raja.
Menurutnya, perkiraan hisab di negara ini turut diamalkan di negara serantau seperti Indonesia dan Singapura.
Di Melaka, Ketua Bahagian Falak Syarie Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Dr. Kassim Bahali juga sependapat dengan Syed Kamaruzaman bahawa hari raya diramalkan jatuh pada Selasa kerana berdasarkan hisab, kedudukan bulan pada 29 Ogos ini bersamaan 29 Ramadan memenuhi kriteria Imkarnur Rukyah (kebolehnampakan).
“Hilal iaitu anak bulan dijangka memenuhi syarat minimum yang ditetapkan iaitu umur anak bulan sudah melebihi lapan jam.
“Anak bulan ialah cahaya bulan yang mula-mula kelihatan selepas ijtimak iaitu kedudukan bumi, bulan dan matahari berada dalam satu garisan,” katanya ketika dihubungi di Melaka semalam.
Beliau menjelaskan, berdasarkan faktor ini, 1 Syawal 1432 Hijrah dijangka jatuh pada Selasa, 30 Ogos ini.
sumber kosmo

Baju Awesome Untuk Penggila Game

sila hadiahkan baju ini kepada awek and enjoy the game fellas


xbox?ps3?



aku nak beli bagi awek pakai :)

Wajah Kate Perry Bermake Up dan Tanpa Make Up

thinking of youuu
aku memang minat jugak kate perry ni selain lady gaga and severel artis lagi(lol semua perempuan je). lagu best suara unik. muke cantik(kecuali gaga) bile make up je. yang takde make up tak pernah tengok. lepas tu aku surf internet ade jumpe gama perry ni tanpa make up. so nak kongsi la kan.


peh sangat berbeda muka beliau nih. rase macam akak2 yang meniaga petang2 je. lawa lagi naimah dalam cerita geng mengaji aku rase. cess. nasib baik suara sedap lagu funky. kalau tak cancel minat perry ni.

lagu firework perry nih boleh jadi tema lagu raye aku rase

Obama Seorang Gangster!!

effect die mix animation ni memang cool


yang ni fake animation ok. jangan percaya. 
tak keluar lagi. repost balik

Monday, August 22, 2011

Patung monyet diguna untuk cegah pandu laju


idea bagus nih, propel should tried it

BEBERAPA patung monyat yang memakai jaket bercahaya diletakkan di sebatang pokok di tepi jalan raya di Changsa, China.


CHANGSA - Polis China menggunakan patung-patung monyet yang dipakaikan dengan jaket pemantul cahaya sebagai usaha untuk menghalang pemandu memandu kenderaan dengan laju, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Patung-patung itu diletakkan di tepi jalan raya di bandar ini.
Beberapa pegawai undang-undang di bandar ini berharap patung yang ganjil itu akan dapat memberi peringatan kepada pemandu supaya jangan melanggar undang-undang.
Salah satu daripada idea unik itu dilaksanakan di sebatang pokok.
Beberapa patung monyet yang memakai jaket tersebut berlonggok di pokok tersebut.
Salah satu patung tersebut dilihat bergayut pada dahan pokok itu. - Agensi
sumber kosmo

Enam korban panah petir



SEORANG pekerja menunjukkan lokasi tempat tiga lelaki Indonesia maut dipanah petir di sebuah tapak pembinaan di Shah Alam semalam.


SHAH ALAM - Enam lelaki Indonesia terkorban manakala lima rakan senegara mereka cedera akibat disambar petir dalam kejadian di sebuah tapak pembinaan di Jalan Rektor, Glenmarie di sini dan sebuah kebun sayur di Sungai Choh, Hulu Selangor semalam.
Kedua-dua kejadian itu berlaku ketika hujan lebat pada pukul 2.30 petang dan 2.45 petang.
Dalam kejadian di Glenmarie, tiga lelaki Indonesia maut manakala tiga rakan senegara mereka yang lain cedera.
Mereka yang terkorban dikenali sebagai Hazarin, 29, Surady, 31, dan Mohd. Nasir, 46. Tiga lagi mangsa yang cedera belum dikenal pasti kecuali seorang mangsa wanita dikenali sebagai Som, 20.
Semasa kejadian, tiga mangsa yang terkorban berada di luar rumah kongsi mereka dan berdiri di dalam lopak air.
Petir dipercayai memanah ke kawasan lopak air tempat ketiga-tiga mangsa berdiri dan mengalirkan arus elektrik yang menyebabkan ketiga-tiga mangsa terkena rencatan dan mati di tempat kejadian.
sumber kosmo

Anak Harimau dilamar Kelab Slovakia


WAN ZACK antara tiga pemain skuad Olimpik yang mendapat perhatian di Slovakia.



PEMAIN bola sepak negara sebenarnya mampu mencipta nama di bumi Eropah.
Apa yang penting, mereka perlu berani serta ada keyakinan untuk bersaing.
Buktinya, tiga tonggak skuad Olimpik negara - Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas - telah mendapat perhatian sebuah kelab di Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce.
Sebagai permulaan, mereka akan menyertai kelab tersebut sebagai pemain pinjaman untuk selama tiga bulan hingga November depan.
Aksi cemerlang mereka sepanjang siri perlawanan persahabatan skuad Olimpik di Slovakia ketika ini telah menarik minat kelab yang menjadi lokasi pangkalan skuad negara sepanjang sebulan di sana.
Jurulatih skuad Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, urusan pinjaman ketiga-tiga pemain Harimau Muda A itu kini sedang diselesaikan dan andai sudah dimuktamadkan, Wan Zack, Irfan dan Fadhli tidak akan dapat pulang berhari raya.
"Saya harap ketiga-tiga pemain ini akan membuka lembaran baharu agar lebih ramai lagi pemain kita dapat beraksi di liga sekitar Eropah.
"Walaupun liga utama Slovakia ini kurang prestij jika dibandingkan dengan Liga Perdana England, ia tetap mempunyai kualiti yang baik.
"Biarlah pemain kita bermula di Slovakia dan kita berharap mereka ini membuktikan dahulu kemampuan di sini sebelum berfikir jauh untuk beraksi di liga lebih ternama," kata Kim Swee ketika dihubungiKosmo! di Slovakia semalam.
Selepas enam perlawanan, ViOn kini menduduki tangga ketiga Liga Corgon dengan tiga kemenangan, dua seri dan sekali tewas, hanya dua mata di belakang pendahulu, Slovan Bratislava yang beraksi padaplayoff Liga Europa.
Wan Zack, 20, yang beraksi di posisi sayap merupakan penjaring terbanyak skuad Olimpik selepas lima aksi persahabatan di Slovakia dengan menjaringkan tiga gol.
Irfan, 20, pula yang beraksi sebagai penyerang kedua atau pemain tengah menyerang telah menjaringkan satu gol, manakala Fadhli, 20, yang juga pemain kebangsaan beraksi di posisi pertahanan tengah.
Mereka bagaimanapun akan tetap diberi pelepasan untuk beraksi pada Kelayakan Olimpik 2012 dan Sukan SEA 2011, November depan.
Dalam pada itu, Kim Swee mahu menjadikan dua perlawanan terakhir di Slovakia bertemu kelab Liga Corgon, FC Nitra malam ini dan kelab Liga 1 Slovakia, Levice malam esok sebagai medan memilih 25 pemain bagi menghadapi Jepun, 21 September depan.
"Saya akan menggunakan dua set pemain berbeza. Nitra kini di tangga kedua Liga Corgon dan baik untuk kita mengenal pasti kekuatan dan kelemahan. Saya akan turunkan skuad utama dan selebihnya akan beraksi menentang Levice.
"Daripada 30 pelatih ketika ini, saya akan umumkan senarai akhir 25 pelatih sebaik tamat perlawanan menentang Levice dan sebelum kita berlepas pulang pada Sabtu ini," jelas Kim Swee.