advertisemant

Monday, August 15, 2011

hari sedih buat gunners sedunia :(

Cesc Fabregas mengucup lambang kelab pada jersi Barcelona ketika sesi memperkenalkan pemain itu di Nou Camp, semalam. - AP


BARCELONA - Ketua pasukan Arsenal, Cesc Fabregas melengkapkan perpindahan ke Barcelona dengan menandatangani kontrak lima tahun bersama kelab yang pernah diwakilinya ketika zaman remaja, kata kelab gergasi Sepanyol itu semalam.

"Cesc akhirnya menyertai Barcelona setelah menandatangani kontrak lima musim. Syarat-syarat pembelian bakal mencecah 200 juta euro," kata kelab itu dalam laman kelab.

Terdahulu, pemain berusia 24 tahun itu menjalani pemeriksaan perubatan dan diperkenalkan secara rasmi di hadapan ribuan penyokong di Camp Nou.

Juara Eropah itu mengesahkan perjanjian untuk mendapatkan Fabregas berjaya dicapai ketika separuh masa pertama pertembungan Piala Super Sepanyol dengan Real Madrid berlangsung.

Perjanjian tersebut menamatkan kisah panjang perpindahan pemain itu yang bermula tahun lalu untuk membawa Fabregas kembali semula ke bekas kelabnya ketika dia berusia 16 tahun pada 2003.

Sementara itu, Fabregas yang memakai jersi No. 4 Barca berkata di hadapan ribuan peminat di Camp Nou: "Saya kembali selepas lapan tahun,".

Jurulatih Barcelona, Josep Guardiola berkata, mereka kini memiliki seorang lagi pemain untuk beraksi dalam Piala Dunia Kelab dan banyak lagi perlawanan.

"Kami memerlukan lebih banyak pemain dan juga pemain yang bagus," katanya.

Presiden Barcelona, Sandro Rossell amat gembira dengan kejayaan kelab itu mendapatkan pemain antarabangsa Sepanyol itu.

"Ia seperti seorang anak yang akan pulang ke rumah," ujar Rossell.

Fabregas bersama dengan Arsenal selama lapan tahun dengan 303 penampilan, menjaringkan 57 gol dalam semua kejohanan.

Dilantik sebagai ketua pasukan Arsenal pada November 2008, dia juga merupakan pemain tetap dalam skuad kebangsaan Sepanyol dan telah membuat 58 penampilan antarabangsa.

Pemergian Fabregas meletakkan penyerang Robin van Persie sebagai calon untuk jawatan ketua pasukan baru Arsenal. - AFP

sumber utusan

No comments:

Post a Comment