advertisemant

Friday, September 30, 2011

Epic Fakta Troll

damnlol memang site yang sangat bagus :p
aku terlalu suka melawat site Damnlol sebab site tu terlalu banyak humor dan lawak internasional. tak lupa jugak naughty and adult joke. so kalau anda tak cukup umur atau tergolong dalam kelompok anak2 soleh sila jangan lawak site tu. bukan pasal porn pon tapi joke dieorang sometimes ada yang ehem2 jugak :D

btw aku ada jumpa satu gambar dalam DL yang troll pasal fakta senyum. pernah dengar quote orang cakap ketawa dapat menambahkan lifespan anda??kalau pernah dengar bagus. jom usha gambar yang aku ambil macam mana mereka troll fakta ni.


aku tak tahu tapi aku suka troll yang macam nih. sorry kalau korang tak dapat joke nih. mungkin bawah umur lagi :D

sila pergi melawat damlol.com untuk dapatkan hari yang ceria 

Iklan Ubat Yang Menarik (4 Gambar)

sungguh kreatif pencipta iklan ubat nih. salute.
iklan ubat sekarang dah makin bosan. contohnya iklan penadol. gila letak lelaki douche jadi watak utama dalam iklan. cube letak lisa surihani ke, diana amir ke. kompom laku ubat. nih letak mat2 yang buat kerja berat sikit lepas tu terus takde tenaga. bangang betol.

btw aku membebel pasal ubat nih sebab aku ade jumpa iklan yang tersangat lah win. kelihatan lucah tapi bila tengok balik baru tahu apa gambar tersebut. sila layan.




Prank Snowman Yang Gagal

anda suka kenakan orang??
serius prank ni kena yang pro sahaja lakukan. kalau salah step boleh makan diri. aku suka layan cerita punk. aston jadi pengacara memang style. plan nak kenakan orang kaw2 gila. scena nak bagitahu seleb yang mereka kena prank tu paling best. aston pegi peluk awek2 yang terkena. tapi kalau lelaki dia suruh cameraman je yang bagi tahu. hampeh kan???

meh layan satu lagi animasi yang menunjukkan betapa bahaya nya prank nih kalau tak jadi. layan2


yang nayanya budak sebelah snowman tu. tak pasal2 kena sekali. lol

kalau dekat malaysia kita ada bang2 boom dan wakena beb. tapi wakenabeb dah tak keluar. RIP wakenabeb.

Thursday, September 29, 2011

Sticker Macbook Yang Cool (10 Gambar)

serius nice dan cool
aku mengidam gilak nak pakai barang apple tapi apekan daya memang tak berkemampuan. semua 1k ke atas. tapi walaupun mahal memang berbaloi sebab apple nih ade standard yang tersendiri. takde mane2 lagi company yang boleh challenge. tapi aku pelik lah apple nih, dah la barang die mahal lepas tu aplikasi dalam apple market pun banyak yang kena beli. contohnya angry birds rio. sape yang tak tahu sila pergi google. aku main dekat ipad 2 sedara aku cuma free version yang tak sama macam android bagi. memang tak best lah nak kena beli nih.

lantaklah kan. yang pakai apple ni semua kaya2 mesti boleh beli aplikasi yang di jual. btw aku ade jumpa gambar2 sticker untuk macbook. tersangat lah cool dan aku nak share. sila layan






Asal Usul Game Angry Birds (4 Gambar)

 angry birds origin finally reveals :D
adakah anda semua penggemar angry birds macam aku??aku memang tahi main angry birds nih. sampai dalam kelas yang bosan mesti aku main game. lecturer membebel dekat depan aku dekat belakang main game. serius tahap moksha dah power aku nih main angry birds :).

btw aku ade jumpa gambar yang menreveals kan bahawa macam mana watak angry birds wujud. pada yang lahir era 80 an dan awal 90 an di mana mereka sempat melayan cerita sesame street mesti meraka akan cam watak2 di bawah. hasil gabungan karakter sesame street ni muncul lah watak2 angry birds. sila layan gambar2 di bawah.



Wednesday, September 28, 2011

Button Yang Di Idamkan Di Facebook

idea yang akan di pandang enteng oleh mark zuckerberg. damn
baru2 ni semua orang yang berfacebooking pasti tahu bahawa mark sudah upgrade laman social kegemaran kita semua iaitu facebook atau kata2 manja najwa latif, muka buku. update yang mark buat nih memang takde kena mengena dengan najwa latif dan najwa latif punya lagu tu sedikit pun mark tak bagi royalti. peh ape aku merepek nih.

aku tahu semua orang emo dan mengamuk pecahkan laptop masing2(ok yang ni sangat tipu) bila mark upgrade facebook jadi macam hape kan. tapi sebenar nye ape yang die update tu jadi lagi bagus. ade time line. sape2 yang main twitter mesti tahu function timeline. best kot. layan beb.

btw aku ade jumpa gambar icon2 yang sangat lah best kalau ade dalam facebook. setakat nih aku pernah install add on untuk button unlike. yang tak best nya kalau aku unlike status orang tapi orang tu kalau tak install add on tu akan keluar link je. damn. layan la icon2 ni dulu


dalam banyak2 icon nih aku paling suka yang hate. jenis kita hate orang yang update status setiap 2 minit. bagi semua status dia hate. peh mau unfriend lepas tu. lol

aku harap mark bace blog picisan aku ni dan start button2 yang naisss ni untuk next update dia.

Do It Yourself Yang Super Jimat (9 Gambar)

banyak barang rosak???sila DIY
aku takde lah reti sangat repair2 barang. selalu kalau rosak dan boleh beli baru aku beli je. malas nak jadi tikus yang nak baiki labu. kang kalau aku bukak nak try repair last2 terbarai lepas tu tak reti pasang. contohnya controller. masa aku ada game tape dulu, controller game ni lah selalu rosak. nak repair memang tak reti kan. redo je lah beli baru. tapi sekarang ni tak lagi. nak main game aku pegi je computer kawan aku. grafik pun cantik. tak macam game tape. lol

btw aku ade jumpa koleksi gambar DIY yang sangat lah lolz. terlalu nak DIY sangat sampai ntah hape2 ntah jadinya. sila enjoice koleksi gambar nih.





Simpan Shopping Carts yang Win!!

ini sungguh hebat!!1
muka macam mat bangla. mereka nih memang power buat benda pelik2. ingat lagi tak aksi baling batu bata ke arah kepala untuk pindah batu bata dari bot ke darat??kalau tak tahu sila korek koleksi animasi yang pernah aku post. layan masterpiece terbaru pulak dari kaum bangla nih


berani sungguh. yang style nye pekerja nih buat macam takde ape2 je. rilex macam main roler coster. tapi cara jimat. lol

kalau dekat malaysia pengutip shopping carts ni lemau gilar. tak hyper macam orang atas ni 

Tuesday, September 27, 2011

Lawak American Football

baru aku tahu ade babe untuk game ni :D
tadi aku tunjuk aksi lawak dari ragbi. la ni kita tengok lawak dari amarican footbal pulak. ganas2 pun ade lawak nye jugak. lol

menggelabah awek tu. takut kena lambung agaknya

Kisah Sedih Semasa Bergurau (8 Gambar)

bergurau senda nih boleh hilangkan stress ye kawan2. tapi kena cara yang betul ye :D
memang benar bergurau nih boleh kita hilang stress. maklum lah masa bergurau tu asyik tergelak, senyum dan ketawa je kan. mana ada orang bergurau sedih. nampak benor tipunye kalau ade. btw masa kecik2 sekolah rendah dulu aku paling suka kacau kawan aku ikat tali kasut mereka. ikat tali kaki kiri dengan kanan. lepas tu suruh kawan lain panggil datang. bangun je terus tergolek. berdekah gelak kan. tapi tu lah kecik2 ni bergurau untuk suka2. dah besar bila start bergurau je mesti ade sebab. lol

btw kisah ikat tali kasut tuh boleh jadi ngeri kalau bergurau tu tak kena masa. seperti kisah dibawah. layannnn





Lawak Permainan Rugby

ni punggung sapa pulak. cucuk sikit.



effect terangkat tu yang tak tahan. lol

Monday, September 26, 2011

Troll Di Mesin ATM

next time aku nak try. lol :D
selalu kalau nak pergi keluar duit mesti dah penuh orang beratur. lepas tu bila sampai turn je semua nak fkir keluar berapa. ape lah masalah nya fikir awal2. kalau lama sangat aku sound je orang tu "main game ke bang?". menggelabah lah jugak dia cepat2 keluarkan duit. tapi kalau perempuan mungkin aku buat macam ni lepas ni :D



ada rezeki awek tu senyum jek nanti. pray for that :p

Orang Yang Mengada2 di Facebook

ini tersangatlah benar!!!!
pernah nampak tak orang yang selalu emo dekat facebook???selalu buat status emosi. gaduh dengan bf/gf lepas tu update ntah hape2 lah dekat facebook. kalau bebel2 dekat facebook pun bukan boleh selesai masalah. maklumlah laman sosial ni orang selalu buat usha or stalk profile orang lain. takde masanya nak dengar masalah.

tapi ade jugak insan yang caring. contohnya aku(bajet betul). bila ada golongan2 macam ni aku pun try2 la nak kasi emo mereka ni cool down sikit. takdelah mata aku sakit tengok dieorang update status setiap 2 minit cerita pasal masalh mereka nih. kena yang ok tu takpelah. kena yang emo teruk gila sku sendiri pun boleh kena marah. gila kan. kes2 macam ni boleh di ceritakan seperti gambar di bawah. bace sikit.


nampak tak??niat ikhlas nak kasi dieorang cool sikit. tapi kene tepek macam tu sekali. selalu nya golongan perempuan yang macam nih. leceh betul. kalau aku senang je. hide terus budak tu dari home aku. senang. mate tak sakit tengok ape yang mereka bebelkan. mulut pun tak rase nak mengutuk. serius kawan baik aku pun aku hide kalau dah menyemak je kan. lol

kalau jenis membebel ni lebih baik lepak dekat twitter.

Bina Badan Yang Gagal (4 Gambar)

agak2 lah kan nak bina badan pun
manusia ni memang tak pernah nak berpuas hati betul. bila badan kurus2 sibuk nak jadi gemuk. bila dah gemuk nanti sibuk pulak nak kurus kan. macam aku nih. pernah jadi kurus(masa kecik2 dulu lah) lepas tu sekarang dah gemuk gila baru tahu erti penyesalan. sibuk sangat nak jadi gemuk kan.

tapi yang faill nya bila manusia tu badan dah sedap mula lah sibuk nak buat muscle pulak. kalau jadi takpe jugak. ni kena yang ntah ape2 yang dieorang angkat terus jadi macam alien. kan naya. meh aku tunjuk contoh manusia yang sibuk bina badan lepas tu jadi ntah ape2. layan




Superman Dunia Sebenar

tindakan genius untuk menjadi adiwira



sila jangan ikuti aksi ini. ada lesen superman baru boleh :D

Sunday, September 25, 2011

Kucing Gagal Beraksi

i love cat.
dekat rumah aku memang banyak kucing. bela sekor je sebenarnye tapi betina. lepas projek dapat anak 5 ekor. semua betina. lepas tu besar sikit bajet remaja nak jugak ade insan tersayang. anak pun dapat 5 ekor. korang kira lah berapa banyak kucing aku :D


lkena trol kucing ni dengan kain tu. lol

lompat statik dari kucing nih

Ujian Kesucian Minda Anda #3

apakah yang cuba beliau lukis?????



hanyalah seorang mamat yang happy. lol

Thursday, September 22, 2011

Pembaca Ramalan Cuaca Yang Lawak

serius gelabah. aku rasa boleh kena buang kerja dia ni


part dia cover tu memang tak boleh blah

Wednesday, September 21, 2011

Permainan Molotov Yang Gagal

practice riot aku rasa ni

nasib baik main dalam air. lol

Cabaran Seni Lidah (4 Gambar)

ni manusia ke alien?????
last week aku pergi balik kampung bawak kawan2 seangkatan dari universiti. kira mereka ni datang beraya lah kan. musim raya pun tak habis lagi. so 2 in 1 lah kan. plan nye 4 kete tapi yang jadi pergi 2 je. sodeh den. masa balik tu anak buah aku pun ade balik jugak. so mereka nih memang nampak aku mesti nak pau hp aku sebab nak main angry birds. pakcik borek anak buah rintik. lol.

tapi masa anak buah aku mintak beteri habis pulak. tak dapat mereka main. fuhh mereka punya kecewa lain macam. ingat nak pukul2 manja aku ke hapa sekali die jelir lidah lepas tu buat melengkung lidah. power gila aku cakap. mungkin orang lain pun boleh buat tapi anak buah aku baru je 4 tahun dah reti buat. aku yang dah besar ni tak reti buat. nak buat macam mana benda ni semula jadi. sapa lidah lembut je boleh buat. ke boleh train lipat2 lidah ni?tak faham aku.

btw aku ade jumpa gambar yang berkaitan lipat melipat lidah ni. mari lah saksikan. serius rare aku rasa.




Budak Kecik Troll Di Kolam Renang

troll ni satu seni yang tak kira umur :)


terbaik budak ni. cerah masa depan dalam troll akedemik

Cara Tukar Facebook Baru Ke Versi Lama

serius bengong facebook baru ni
facebook sekarang dah makin mengarut. sebelum ni dieorang tambah button subscribe. pada mereka yang tak perasan tu mesti tak berfikir ape2. tapi pada stalker facebook sudah tentu ini menggembirakan mereka. gila apa dengan subscribe je ko dah boleh follow mereka nih. ape benda yang mereka post automatik keluar dekat facebook korang. tak payah la stalker nak terhegeh2 lagi nak buka profile anda.

pada aku yang best button stalker tu adalah aku boleh follow ex2 aku iaitu lisa surihani, dan fauziah gaous. lol eja  pun tak reti. btw tak elok pun button tu. yahudi betol mark ni. sekarang ni pulak upgrade lagi. jadi makin pelik2. so jom tukar ke facebook lama. mudah je caranya

first pergi ke setting.
tukar ke bahasa english(UK)
save lepas tu refresh.
selesai.

sekarang pergi tukar facebook semua dari huduh ke bentuk asal. sometimes change doesn't mean good thing. peh besepah english aku. 

tips ni aku dapat direct dari mark zuckerberg. sekian

Edisi Khas: Semangat Bola Sepak Untuk Skuad Olimpik (Video)

football is serious business dude
setelah hampir 2 bulan rakyat malaysia yang gila bola tak disajikan international game sekarang hari ni kita akan menyaksikan perlawanan terbaik dari ladang iaitu malaysia vs japan. of course skuad olimpik. skuad senior bukan tak power tapi just unlucky. sedih bila mengenangkan kita tak layak pergi grouping world cup untuk zon asia. nak buat macam mana as i said earlier kita unlucky. oh god aku berair mate tengok time deekat BJ yang kita seri sahaja dekat home. sedih gilak tak dapat pergi grouping. matyo pun nangis ye kalau anda semua nak tahu. takpelah cerita tu dah lepas. sekarang target skuad senior adalah juara asia pulak. hope king gopal boleh tunai kan janji dia. amin

btw sempena game pukul 7 nih mari sama2 kita layan video yang telah di buat oleh seorang ultras. kalau sapa2 yang tak tahu aku ni dalam menyokong root pada ultras. banyak lagi kelab penyokong tapi style ultras menyokong adalah sangat unik dan lebih bersemangat. takdelah aku nak makan kuaci je kan. dan satu lagi video nih banyak cerita pasal skuad senior. takpe kan?kasi serap seemangat harimau malaya. malam ni nak lawan samurai kot. enjoice babe



not bad rite. kalau korang cakap sakit mata tengok sori lah. suka2 punye work biasa lah. aku rasa power nih sebab aku tak reti buat lansung. lol

sama2 kita mendoakan kejayann skuad olimpik kita. aminnnnn

Tuesday, September 20, 2011

Parenting Fail (Animasi)

first picture semasa lahir???
selalu aku post pasal parenting fail dalam bentuk gambar. sekarang aku jumpa yang versi naimasi giff. aku yakin setiap parent mesti ambil gambar bayi mereka semasa baru lepas lahir. tapi aku harap masa korang nak ambil gambar nanti tak jadi macam ni.


effect jatuh atas baby tu boleh bawak maut. jaga2

Aksi Berlagak Yang Gagal

as i said show off is for douche


kan dah sakit. patah tulang tu

Fakta Basuh Tangan Selepas Ke Toilet

ini memang benar!!!!
masa chill2 layan movie dekat wayang mesti rasa nak kencing. ni semua effect dari air cond yang super sejuk dan sound bunyi movie yang seram membuat kan pundi kencing menjadi cemas. selalu nya aku dapat tahan sampai habis movie. rugi gila kalau keluar time movie. so possiblee nak kena batu karang tersangat lah tinggi.

btw aku rasa selalu lelaki tak ambil kisah pun. perempuan sahaja yang kisah hal2 tandas ni. yang aku kisah nya bila dah pergi toilet lepas kencing orang tu tak basuh tangan. cess ade non direct touching kepada dia punya anu. hampeh. kalau tak percaya mari tengok gambar nih.


serius geli dow. kalau salam dengan awek macam ni takpe jugak. lol. so sila lah basuh tangan ye.

tengok gambar tu rasa nak muntah dow

Video Lagu Malaysian Boys Ada Hantu (Video)

pada mereka yang cepat takut jangan tengok!!!!
betulkah dalam video nih ada hantu. kalau anda semua nak tahu video clip ni telah mecapai 10 carian terhangat di enjin carian google malaysia. thats really hot tapi malangnya aku tak tahu. bangang betol. mungkin aku layan carian yang internasional sahaja. lol. btw aku dah nasihat kan supaya jangan tengok. kalau mati nanti jangan salahkan aku. imej hantu sangat jelas semasa video ini dirakamkan.





Perkara Ajaib Berlaku Pada Si Kudung

si kudung ingin melintas jalan...



nasib baik tak kena langgar. fuhh

Monday, September 19, 2011

Lawak : Terkejut nya Seorang Hero

not save for kiddo



what a shock. lol

Siri Khidmat Negara: Kampen Undilah (Video)

undilah jangan duduk diam2
sedar tak sedar aku dah layak untuk mengundi. fuh tak sabar nak berkhidmat untuk negara. tunaikan tanggungjawab dan segala macam2 lagi ape sahaja yang orang cakap. semua yang membawa maksud mengundi. nak sembang pasal politik aku bukan nye reti pun. pada aku senang je. mana yang bawak negara maju itu yang aku sokong. tak kira lah dia hijau ke biru. yang penting aku tak hidup merempat.

dekat universiti pun ade undi mengundi nih. aku tahu lah sikit2 sebab last year kawan aku jadi MPP. so aku lah tulang belakang yang tolong bagi dia up. tapi bukan bahagian kertas kerja ke hapa. tapi bahagian tampal poster. muka tak heandsome nak tolong pergi mengampu orang atasan. so buat kerja2 macam tu pon boleh la.

dekat sini aku nak kongsi satu video yang awesome tentang pengundian nih. bukan dalam universiti tapi untuk negara Malaysia kita nih. muzik video arahan pete teo yang bagi kesedaran pada rakyat betapa penting nya mengundi. for mo detail sila lawat www.uundilah.com. banyak jugak artis yang involve dalam lagu nih.



tapi yang paling glamer sudah tentu namewee. rakyat yang banyak buat kontroversi. aku pon tak faham. layan video nih lepas tu kalau sape yang ade super power macam aku akan perasan banyak giler hidden massage dalam nih. fikiran kena terbuka dalam memilih. yang paling penting jangan lupa mendaftar jadi pengundi.

undi anda adalah rahsia :)

Konvoi Motor Yang Gagal

wekang sikit..


macam nak masuk kereta pulak. lol

Sunday, September 18, 2011

Ujian Kesucian Minda Anda #2

apakah yang cuba beliau lukis???




jangan fikir benda tak elok. tak baik :)

Replika Teluk San Francisco Diperbuat Dari Pencungkil Gigi

kerja gila!!!!
bukak paper hari ni ade bace pasal seorang penghasil seni scott weaver dari teluk san francisco yang telah melakukan replika teluk san francisco dengan menggunakan pencungkil gigi. replika yang berketinggian 2.7 meter dan menggunakan 103 987 batang pencungkil gigi.

hasil seni beliau dinamakan sebagai rolling through the bay di buat dengan mengambil masa selama 3000 jam. gila betul. macam mane lah agaknya masa beliau nak berry kan. penyiksaan lah.  yang nice nya scott ni siap buat laluan untuk guli. so kalau diletakkan guli pada track tu, guli akan melalui kawasan2 popular yang terdapat di san francisco dalam replika beliau.




sila enjoice video di bawah

\

scott adalah generasi ke 3 dalam family dia yang menetap dekat san francisco. no wonderlah dia sangat sayang pada san francisco sehingga di abdikan dalam seni toothpick ni.

serius scott ni rajin gila. 

Friday, September 16, 2011

Aksi Terbang Yang Awesome

flying man????


nope, its flying women :)

Mat Saleh Yang Bangang #2

ade kedai baru bukak, window shopping kejap



teringat kawan aku masa kecik dulu lepak dekat masjid. lepas je solat terus pergi dewan makan. makan2 moreh sikit. lepas tu nak keluar masjid tak nampak tingkap cermin. 3 4 kali die langgar.

trolololol

Perkara Benar Tentang Lelaki

the boys paradox
setelah masuk universiti balik nih aku jadi slowpoke sikit bila nak buat entry. memang bizy plus malas sikit. ade free mase tidor takpun pergi main futsal. so entry yang aku tulis sendiri makin berkurangan. asyik kopi pes je. ceh cakap macam ramai sangat je bace ape aku tulis. lol

btw situasi aku sekarang memang kebiasaan bagi student dan aku yakin semua yang sedang belajar akan menghadapi perkara yang sama. hal ini boleh di tunjukkan dalam paradox graph di bawah. memang fakta bagi semua pelajar. hanya 2 perkara boleh dipilih dalam bulatan di bawah


jika anda seorang smart dan nice, anda adalah seorang yang nerd. smart+handsome= asshole. nice+handsome= dumb. dan yang palik aku suka adalah kalau gabungan ketiga2 ciri. mereka adalah gay. benda ini memang realistik. masa aku belajar dekat matrik, kawan aku baik+ade muka sikit+pandai= gay. memang kecawa gadis2 masa tu. untuk insan yang tak berapa ada paras rupa aku gembira adenya golongan macam ni. baru boleh cari makan. lol.

ada masa free nanti aku tulis girls paradox pulak :)

Bahana Pembedahan Payudara

serius ini lawak



nak besar sangat pon tak guna. lol

Thursday, September 15, 2011

Bayi Yang Super Genius

pagar dalam rumah??challange accepted



awwww comellll

like a boss

Kasut Back To Future Dari Nike (Video)

sungguh menawan kalbu!!!
aku tahu ramai yang baca blog nih kebanyakan nye remaja2 baru nak meningkat. harap korang tahulah pasal movie back to future. cerita yang sungguh awesome. tak terfikir di akal manusia yang dangkal jaman itu untuk buat movie yang luar fikiran manusia biasa. same case to star wars yang masa tu takdesape fikir pun pasal angkasa lepas. yahudi je yaang power boleh fikir benda2 nih.

btw nike sekarang ada create kasut baru yang ala2 dari movie back to the future yang bernama MAG. tapi dieorang letak as back for the future. kasut ni dijual secara auction dan sangat lah limited. meraka buat macam ni sebab nak support Michael J. Fox foundation untuk parkinson research. kira sapa2 yang beli ni termasuklah dalam amal jariah research ni. besar pahalanye nye. ape lagi sila beli 2. 1 bagi dekat aku. korang akan dapt 2 amal jariah disitu.nak usha gambar sila lawat facebook nike. boleh bid kasut ni dekat www.nikemag.ebay.com. 



memorial betol cerita nih. kena layan balik nanti kalau ada free time.

musim beli kasut dekat u aku. semua orang cari kasut futsal/boot baru

Padah Jika Tidak Berhati2 Semasa Bekerja

sedikit kesilapan....


membawa padah yang teruk. hati2 semasa bekerja :)

Wednesday, September 14, 2011

Topeng Yang Mengelirukan

mind fuck bro!!!




unik siot. kena beli

Ujian Kesucian Minda Anda

mari uji kekuningan otak anda semua
bosan2 ni ape kata kita menguji minda. bila nampak sesuatu mesti kita fikir something yang negatif. lepas tengok perkara sebenar baru lah tahu yang kita ni suka salah faham. bagi yang otak kuning mesti pandang something dengan imiginasi yang tinggi. so mari menguji otak masing2. saiz apa agak2 ni???


.
.
.
.
.
.
.
.
jawapanya ialah

Meja Makan Transform Jadi Senjata (4 Gambar)

ini genius!!!
lately ni aku malas menulis sikit sebab sibuk dengan hal belajar. maklum lah sem baru start. fakulti aku pulak macam sengal tahap karma. ade je masalah yang die bagi dekat student. macam mana lah boleh jadi pekerja mereka nih. facepalm.

ok sekarang aku nak sembang pasal meja yang supercool. boleh berubah menjadi alat keselamatan. tengah chil2 layan air teh ke coke ke kan, tibe2 kene rompak pulak rumah. so dengan meja ni korang akan boleh prevent diri dengan kacaknya nya. aku tak tahu lah idea siapa tapi this is so awesome. layan dulu table nih.




Bahaya Menendang Semasa Mabuk

lelaki rusia mabuk???

sepakan mereka lagi power dari tony ja

Tuesday, September 13, 2011

Cara Parking Kereta Yang Salah

sila jangan tiru aksi ini



kerana kalau anda tiru, pasti tak dapat claim insurans. lol

Artis Menjadi Hodoh Tanpa Kening Mata (6 Gambar)

kinda freeky dude!!
adobe photoshop ni sebenarnya art jugak kadang2. maklum lah bile kite edit gambar rasa macam best je. kalau edit muka hodeh jadi cantik itu tak art. itu meipu namanya. tapi bile gambar cantik/hensem kite tukar jadi sebaliknya itu lah yang di panggil art. baru ade style. kita perasaan yang gambar tu adelah joke, bukan nya fake pretty/hensem person. baik edit muka jadi buruk dari edit jadi cantik. kang dapat cinta muka buku, bila ajak date muka kalah sikit dari cipan tengah beranak. kan malu.

btw aku nak share beberapa gambar artis luar negara yang telah di edit. buang kening dan effect nye tersangat lah seram. layannnn





Lompatan Si Gagal

jangan cuba berlagak depan awek...



kelak nanti tiada pewaris. trololol

Monday, September 12, 2011

Ular Sawa Yang Nakal :)

ular pon pandai memilih :)


benda palsu ni ular mesti gigit punya. xde dia nak layan lebih2. lol

jangan cube main dengan ular kalau pergi zoo nanti

Gambar Blur Yang Lawak (3 Gambar)

jangan berfikiran kuning
aku rase benda ni memang akan jadi lawak bagi mereka yang berfikiran tak berapa suci nih. maklum lah macam2 yang boleh di imiginasikan kalau dah tengok gambar macam ni. so pada mereka yang tak dapat joke yang cuba di sampaikan sila lah menjadi kuning seketika :)




Cara Cover Jatuh Tangga Yang Betul

sumpah aku suka!!



like a boss bro :D

Sunday, September 11, 2011